KUALA KRAI: Dua remaja ditemukan lemas selepas mandi di sungai berhampiran Pengkalan Feri, Kampung Pasir Kelang, di sini.
Bagaimana pun seorang lagi mangsa masih dipercayai masih hilang di sungai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, mangsa yang ditemui sekitar jam 5 petang dikenali sebagai Nikallia, 15, dan Nihadle, 13, yang ditemui jam 9 malam tadi
Manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Miss Kunabeella berusia 15 tahun masih belum ditemui.
Kesemua mangsa warganegara Thailand dikatakan mandi di sekitar sungai Pengkalan Feri Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan sebelum kesemuanya di bawa arua sungai.
"Sebelum kejadian sekitar jam 4 petang tadi, lima orang remaja berkenaan telah pergi memancing di tepi Jeti Pengkalan Feri, Pasir Kelang, Kuala Krai Kelantan.
"Tiga puluh minit kemudian, tiga remaja dari kumpulan itu telah pergi mandi sungai berdekatan dengan Pengkalan Feri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Suzaimi lagi, kesemua mangsa dibawa arus dengan mangsa pertama ditemui sekitar jam 5 petang tadi.
Operasi mencari akan disambung esok membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan juga penduduk kampung.
Vivi Sumanti
Fri May 27 2022
Dua remaja ditemukan lemas selepas mandi di sungai berhampiran Pengkalan Feri, Kampung Pasir Kelang. - Foto ihsan polis
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.