Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas dua tuduhan iaitu mempromosi serta menyokong kegiatan kumpulan keganasan di luar negara.
Tertuduh pertama, Muhamad Armie Fatihah Mohd Hashim, 22, didakwa kerana menggalakkan orang awam melakukan kegiatan keganasan untuk menggugat ketenteraman awam di Syria.
Tertuduh melakukan kegiatan tersebut di Kampung Air Jernih, Ijok, Selama, dekat Taiping antara jam 10 pagi 4 April hingga 12.30 tengah hari 6 April lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 130g (A) Kanun Keseksaan Akta 574.
Rakan Armie yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Hafiz Zakri Suparyatnoh, 28, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas 'The Islamic State of Iraq and Syam' di tempat, masa dan tarikh sama dan dituduh mengikut Seksyen 130J kanun sama.
Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret, Eyu Ghim Siang.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Ghim Siang menetapkan 30 Mei ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut.
Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga puluh tahun atau denda.
Pada 28 april lalu, polis menahan sembilan anggota kumpulan militan yang berselindung di sebalik misi kemanusiaan termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah dan kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk ‘berjihad di negara-negara bergolak.
Kesemua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan dan mereka disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Astro Awani
Fri May 23 2014
Dua remaja didakwa di mahkamah kerana terlibat aktiviti keganasan luar negara.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.
Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu.
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Kontroversi timbul mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA dijadual tahun depan di AS.
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.