BUCHAREST: Romania dan Bulgaria secara rasmi menyertai Kawasan Schengen pada Rabu, sekali gus menghapuskan pemeriksaan sempadan dengan negara jiran Hungary dan antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.

Ini menandakan integrasi penuh mereka ke dalam zon perjalanan tanpa pasport di Eropah, dengan majlis diadakan di beberapa pintu masuk sempadan utama yang dihadiri pegawai kanan kedua-dua negara.

Polis Sempadan Romania mengesahkan bahawa 40 pusat pemeriksaan sempadan kini beroperasi sepenuhnya tanpa pemeriksaan, memudahkan perjalanan dan perdagangan di seluruh rantau ini.

Pelancong yang bergerak ke atau dari negara Schengen lain, kecuali Cyprus dan Ireland, tidak lagi perlu berhenti untuk pengesahan dokumen.

Bagaimanapun, pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan rawak dalam zon sempadan sejauh 30 kilometer menggunakan peranti mudah alih dan penilaian berasaskan risiko.

--BERNAMA-XINHUA



TAG: Romania, Bulgaria, Schengen, sempadan, lintasan, Eropah