KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia dua dekad lalu mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.
Seorang juri tentera di Teluk Guantanamo akan ditugaskan untuk memilih bentuk hukuman dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, menurut laporan oleh pewarta New York Times di Teluk Guantanamo di Cuba pada Isnin
Bagaimanapun, rundingan bagi pengakuan bersalah yang dicapai minggu lepas yang membantu mengelakkan proses litigasi yang panjang mungkin membolehkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia.
Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, ditahan selama bertahun-tahun di penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).
Laporan itu menyatakan bahawa sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah yang membayangkan kepulangan mereka ke Malaysia kekal sebagai rahsia.
Prosiding hukuman terhadap Mohammed Farik dan Mohammed Nazir adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk cuba menyelesaikan kes-kes keselamatan negara Guantanamo melalui rundingan bagi pengakuan bersalah.
Minggu lepas kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali yang mengorbankan 202 orang pada 12 Oktober 2002.
Mereka telah didakwa bersama Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia.
Bagaimanapun, pada Oktober lepas New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi 'aksesori' kepada serangan pengganas di Bali, oleh itu kes berkenaan diasingkan daripada kes Hambali.
Dalam pengakuan mengaku bersalah itu, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah.
New York Times juga melaporkan sebagai sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah itu, kedua-duanya disoal oleh pendakwa raya pada Ahad dan Isnin yang mungkin digunakan dalam perbicaraan Hambali, yang menurut pendakwa akan diadakan pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Mohammed Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin ditahan selama bertahun-tahun di penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).- Gambar fail/Sinar Harian
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
Peranti haram buka laluan mudah untuk penjenayah siber
Peranti haram tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat, yang selama ini melindungi pengguna platfrom yang sah.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.