KUALA LUMPUR: Dua pelajar Malaysia, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid, mengharumkan nama negara apabila masing-masing berjaya menempatkan diri di antara 10 teratas dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).
Pelajar di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga.
Mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fatin juga berjaya lulus di dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).
Manakala Siti Naziah, pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pula, berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).
Naziah, anak sulung daripada dua beradik, menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser.
Ketika itu, beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan CAT.
Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata, kejayaan pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf itu jelas membuktikan yang sekiranya diberi peluang dan bimbingan, mereka juga mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global.
"MyPAC, dengan kerjasama pelbagai pihak korporat dan badan-badan zakat akan meneruskan usaha murni ini, bagi memastikan lebih ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang menjadi akauntan profesional,” katanya.
MyPAC menzahirkan penghargaan kepada pihak Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan menambah bilangan akauntan profesional Bumiputera pada masa hadapan.
Madiha Abdullah
Mon Apr 19 2021
Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid mengharumkan nama Malaysia apabila masing-masing berjaya menempatkan diri di antara 10 tempat pertama.
#AWANIRingkas 4 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Januari 2025
1️⃣ 15 individu diambil keterangan bantu siasatan
2️⃣ Remaja perempuan direman tiga hari
3️⃣ Polis tolak permohonan himpunan di Istana Kehakiman
#awaniringkas
1️⃣ 15 individu diambil keterangan bantu siasatan
2️⃣ Remaja perempuan direman tiga hari
3️⃣ Polis tolak permohonan himpunan di Istana Kehakiman
#awaniringkas
6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India
Enam maut dan beberapa lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kilang mercun di Negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu.
[TERKINI] Lagi kucing mati di Universiti Malaya
Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya, hari ini.
Warga Malaysia perlu daftar QR sebelum berlepas di KLIA
Pengembara warga Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem QR di KLIA.
PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah
Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan.
Pakar setuju label amaran kanser pada botol arak
Hubungan antara penggunaan alkohol dan kanser didedahkan pada 1987, apabila Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa pertama kali mengklasifikasikan alkohol sebagai karsinogen kepada manusia.
[Data & Statistik] Situasi jangkitan saluran pernafasan akut di Malaysia
Kementerian Kesihatan mengesan 327 sampel positif virus 'Human Metapneumovirus' atau (HMPV) sepanjang tahun 2024 meningkat berbanding 225 pada tahun 2023.
KKM dalam kenyataannya, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
KKM dalam kenyataannya, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
AWANI Borneo [4/01/2025] – Perpaduan Di Sabah | Hujan Lebat & Angin Kencang | Rumah Runtuh
Tumpuan AWANI Borneo 4 Jan 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
- Pertahan semangat setia kawan, harmoni pelbagai kaum - Hajiji
- Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah dan Sarawak
- Rumah runtuh, bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Pertahan semangat setia kawan, harmoni pelbagai kaum - Hajiji
- Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah dan Sarawak
- Rumah runtuh, bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.