Dua murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang di sini yang dilaporkan hilang pada petang semalam ditemui selamat selepas usaha mengesan mereka dilakukan termasuk menggunakan media sosial.
Wan Noraiman Haikal Wan Saifuddin Hafiz dan Muhammad Fakrullah Mohd Fahimie masing-masing berusia 10 tahun dari Kampung Pasir Panjang, sebelum itu dikesan tidak kembali selepas menyertai Hari Sukan Negara yang dianjurkan di sekolah mereka berkenaan selesai.
Bagaimanapun kedua-dua mereka yang dikatakan tersesat ditemui selamat kira-kira 8.00 malam tadi oleh seorang penduduk Kampung Batin di Seberang Takir.
Kedua dua kanak-kanak terbabit sebelum itu dikatakan ke sekolah untuk menyertai program sempena Hari Sukan Negara yang dianjurkan pihak sekolah bersama jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Pasir Panjang jam 8 pagi.
Bagaimanapun kedua-dua mereka dikatakan tidak mengikuti program berkenaan sebaliknya keluar melalui laluan belakang sekolah menghala ke Kampung Seberang Takir sebelum tersesat.
Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu Superintendan Suffuan Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penemuan dua kanak-kanak terbabit.
Katanya, kedua-dua kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat dan sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Menurut laporan Bernama, bapa seorang daripada mangsa Mohd Fahimie Mamat, 30, kehilangan anak sulungnya itu disedari kira-kira 6 petang selepas pihak sekolah menghubungi isterinya.
"Pihak sekolah menyangkakan anak saya berada di rumah namun ketika itu anak saya masih lagi belum pulang ke rumah...macam-macam perkara negatif bermain di fikiran saya mungkin anak diculik dan sebagainya.
"Bimbang dengan keselamatannya, saya bersama penduduk mencarinya di kawasan sekitar termasuk di kawasan Bukit Bayas kerana mereka sering naik ke kawasan bukit tersebut," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu (IPD) malam tadi.
Sementara itu Muhammad Fakrullah berkata dia bersama rakannya keluar menerusi pintu pagar belakang sekolah pada 8 pagi untuk menyaksikan perlumbaan Sprint Test di Litar Gong Badak.
Katanya mereka berdua berjalan kaki dengan berbekalkan wang RM3 untuk menuju ke lokasi perlumbaan tersebut.
"Bila kami sampai rupa-rupanya perlumbaan itu tiada, lalu kami berjalan untuk balik ke rumah tapi tidak jumpa jalan balik sehingga malam.
"Sepanjang tempoh itu kami hanya minum air sebelum orang kampung menemui kami, lantas menghantar kami pulang ke sekolah," katanya.
Astro Awani
Sun Oct 09 2016

Mereka dikatakan berhasrat untuk menyaksikan pertandingan Sprint Test di perkarangan ke Stadium Gong Badak. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.

Maklumat pemain Kuching City, Kalang Tie bawa kepada penemuan remaja hilang
Selepas 20 hari dilaporkan hilang, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Rembau, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam,13, akhirnya ditemui di Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat.

Di mana Patrick?
Patrick kali terakhir berpakaian baju putih dan kuning serta berseluar panjang hitam.

Kanak-kanak OKU hilang ketika keluar bermain
Intan Nur Syiffa Aleya Musliha, dikatakan keluar bermain di kawasan berdekatan rumahnya di Kampung Lela, Jalan Kuala Pegang, Baling, Kedah sejak 9 pagi tadi.

Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak lapan tahun yang dilapor hilang Isnin lepas, setelah keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi, didakwa dilihat di Bandar Tasik Selatan.

Dua beradik mungkin dilarikan individu dikenali - Polis
Dua beradik yang dilapor hilang awal pagi semalam dipercayai dilarikan oleh individu yang dikenali.

Anak OKU hilang di Seri Kembangan, ditemui di Skudai
Seorang remaja OKU Muhammad Ridzuan Abdul Shokor yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, telah ditemui di Skudai Johor.

Dua murid sesat ketika hadiri Hari Sukan Negara ditemui selamat
Dua murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, di sini yang dilaporkan hilang pada petang semalam ditemui selamat