TAPAH: Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam dua kemalangan berasingan melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal di sini, petang semalam.
Mangsa penumpang kereta, M. Muthukumaran, 50 dan penunggang motosikal, Mohd Burhanuddin Mohd Sargi, 36, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pertama, sebuah kereta jenis Perodua Viva bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Corolla di Kilometer 60, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.25 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Viva dipandu dari arah Bidor menuju ke Tapah manakala Toyota Corolla dari arah Tapah ke Bidor.
“Apabila sampai ditempat kejadian, Perodua Viva yang telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Corolla yang datang dari arah bertentangan,” katanya di sini, hari ini.
Katanya lagi, kemalangan itu menyebabkan Muthukumaran yang menaiki Toyota Corolla meninggal dunia di Hospital Tapah, manakala rakannya, pemandu kereta, A. Nokkalu, 56, dan penumpang hadapan, V.M Kumuthavalli, 56, cedera parah.
Turut mengalami kecederaan parah ialah pemandu Perodua Viva yang juga seorang anggota tentera, Mohammad Affendy Abdullah, 40.
Wan Azharuddin berkata, dalam kemalangan kedua kira-kira jam 6.55 petang, motosikal yang ditunggang Mohd Burhanuddin dipercayai terbabas sendiri lalu mengelongsor ke laluan sebuah kereta jenis Toyota Vios di sebelah kanan di Kilometer 347 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Menurutnya, mangsa yang cedera parah serta mengalami patah tulang pinggul dan paha kanan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tapah kira-kira jam 9.50 malam tadi.
Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 25 2022

Kejadian pertama membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Corolla. - Foto PDRM
Farm Fresh meriahkan raya dengan ‘Bawa Balik Yang Itu’
Syarikat tenusu nombor satu tempatan, Farm Fresh mencipta kelainan menerusi iklan raya 'Bawa Balik Yang itu' mengisahkan seorang anak muda yang berusaha memenuhi permintaan ibunya untuk menyempurnakan hari raya mereka.

Bonus raya, cuti tambahan penjawat awam Kelantan ditentukan minggu depan
Keputusan mengenai pemberian bonus raya dan cuti tambahan kepada penjawat awam di Kelantan akan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.
Syarikat, ahli korporat sumbang RM1.96 juta kepada anggota ATM
Sumbangan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,777,500 manakala nilai barangan RM178,920, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM1,956,429.
DBKL ada tanggungjawab sosial lindungi kepentingan kuil
Pengurusan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman menegaskan kuil itu perlu kekal di atas tapak kerana usianya yang sudah menjangkau 130 tahun, serta berfungsi sebagai pusat kebudayaan selain rumah ibadat.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

FAMA tingkat hingga 40 peratus bekalan kelapa, tampung keperluan menjelang Aidilfitri
Usaha itu antara langkah proaktif FAMA dalam memastikan kecukupan bekalan untuk kegunaan domestik pada musim perayaan.

Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun
Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 September tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Tiada prasyarat dalam Perlembagaan negeri TYT perlu asal Pulau Pinang - Chow
Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri mewajibkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri itu.

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT
Matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Salji lebat tidak bermusim ganggu lalu lintas waktu puncak di Seoul
Kesesakan lalu lintas berlaku di pelbagai bahagian di Seoul apabila kereta perlahan di jalan licin.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Tiga cedera, bas ekspres bawa warga Singapura ke Cameron Highlands terbabas
Berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspress membawa 23 penumpang warga Singapura yang telah terbabas ke bahu jalan.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.