Dua mati lemas manakala seorang terselamat apabila bot fiber yang mereka naiki terbalik dan karam di Empangan Timah Tasoh di sini, petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, mangsa lemas dikenali sebagai Imran Afiq Ismail, 14, dan bapa saudaranya Jumain Ingan, 60, manakala yang terselamat ialah anak Jumain, Mohamad Julfaezuan, 28.
Ketika ditemui di tempat kejadian, jurucakap tersebut berkata kejadian berlaku ketika mereka menjala ikan di empangan itu semasa angin kencang kira-kira 4 petang tadi.
Beliau berkata pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghantar pasukan mencari serta menyelamat, dan menemui bot yang karam itu di sebelah Pusat Sukan Air Perlis kira-kira 7.15 malam.
Mayat Imran Afiq, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri, ditemui kira-kira 6 petang manakala mayat Jumain ditemui sekitar 7.15 malam.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.
Sementara itu besan Jumain, Che Bae Darus yang ditemui Bernama berkata Mohamad Julfaezan memberitahu beliau menyelamatkan diri dengan naik ke darat selepas bot itu terbalik dan tenggelam bersama bapa dan sepupunya.
"Julfaezuan berlari ke arah kawasan ternakan kambing berhampiran dan bertemu seorang pengawal keselamatan dan meminta tolong supaya membuat panggilan kepada bomba," katanya bahawa Mohamad Julfaezuan kemudian kembali ke tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018
Pasukan bomba dan APM menghantar pasukan mencari serta menyelamat, dan menemui bot yang karam itu kira-kira pada jam 7.15 malam. - Front Desk/Bernama
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.