JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai di sini pada Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.15 pagi.
Susulan itu katanya, seramai 20 anggota dari BBP Kempas dan BBP Skudai dibantu masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki terbabas dan telah melanggar tembok pembahagi jalan. Pihak bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dengan menggunakan 'Rescue Tools'.
"Dua mangsa, N Khatiravan, 23, dan M Arvindran, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dan telah disahkan pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa lain iaitu V Thineswaran, 22, cedera parah manakala S Arivin, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36, cedera ringan.
Katanya, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala dua mangsa yang cedera dibawa dengan EMRS ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, manakala seorang lagi dibawa ke HSA dengan kenderaan awam.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 31 2023

Dua maut manakala seorang parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai pada Selasa. - Foto JBPM Johor

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dua maut tercampak keluar dari kereta, nahas di pusingan ‘U’ Jalan Lencongan Barat
Seorang mangsa tercampak di bumbung Mercedes Benz, manakala seorang lagi terpelanting keluar dari kenderaan.

Dua maut, tiga cedera kereta bertembung lori
Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Sandakan pada Sabtu.

Dua maut, lima cedera nahas Toyota Hilux, treler di Temerloh
Dua maut selepas tersepit manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lanchang-Mentakab di Temerloh.

Dua maut nahas motosikal, kereta
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Skudai, Pantai Lido menghala pusat bandar pada pagi Sabtu.

2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans
Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, Amerika Syarikat.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Dua maut, 1 cedera nahas babit 7 kenderaan di lebuh raya PLUS
Mangsa yang maut merupakan pemandu lori muatan gula dan barangan logam.

Dua maut termasuk seorang rentung kereta rempuh treler
Kemalangan di Kilometer 18 Jalan Pekan - Nenasi di Kampung Sungai Miang Pekan menyebabkan kereta Perodua Kancil terbakar.

Dua maut, 29 cedera dalam kebakaran pangsapuri di Korea Selatan
Seramai dua orang terkorban manakala 29 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah pangsapuri 27 tingkat di Seoul pada Isnin.

Dua maut, satu parah kereta langgar tembok pembahagi jalan
Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai.