Kegembiraan sekumpulan individu yang sedang berkhemah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Air Terjun Lata Hammer di sini pada Sabtu malam.
Kejadian yang berlaku pukul 10 malam itu menyebabkan mangsa Winnie Tan Gaik Kin, 56, dan Chin Kean Hwa, 51, maut di lokasi selepas ditemui pasukan penyelamat yang melakukan operasi mengesan mangsa.
Difahamkan ketika kejadian seramai 25 individu termasuk warga emas berumur 81 tahun mendirikan khemah di kawasan Air Terjun Lata Hammer pada Sabtu.
Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, sebatang pokok dengan anggaran ketinggian kira-kira 30 meter dan lilitan dua meter telah tumbang dan menghempap mangsa yang mendirikan khemah di lokasi kejadian.
"Akibat kejadian, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan," katanya.
Menurut Yusof, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa yang parah dari ketinggian 60 meter.
Noraniza Kamsani
Sun Sep 01 2019
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat mangsa dalam tragedi dihempap pokok tumbang di Bentong. - Gambar Ihsan BOMBA
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun bertukar tragedi
Mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, adalah seorang pelajar IPTA di Selangor.
Dua maut dihempap pokok tumbang
Kegembiraan sekumpulan individu yang sedang berkhemah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Air Terjun Lata Hammer di sini pada Sabtu.
Mayat penuntut UIAM lemas ditemukan
Mayat Mohd Faizal Yusri, 23, dijumpai kira-kira lima meter dari tempat dia kali terakhir dilihat.