Mungkin kerana bimbang dikenakan tindakan menyebabkan dua lelaki kerugian ratusan ribu ringgit selepas mempercayai identiti mereka digunakan untuk membuat pinjaman bank dan kad kredit yang tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata seorang juruteknik berusia 39 tahun mendakwa wang sebanyak RM218,060 miliknya lesap selepas 'menuruti arahan kononnya daripada seorang pegawai bank'.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada pihak Mahkamah Kuala Lumpur pada 30 Mei lepas memaklumkan dia mempunyai tunggakan kad kredit Maybank yang dinafikan mangsa.
"Mangsa kemudiannya menerima panggilan telefon kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur memberitahu terdapat waran tangkap ke atas dirinya dan diarahkan mendedahkan nombor akaun dan nombor pin untuk tujuan siasatan.
"Mangsa juga diminta membuka akaun baharu dan memindahkan wang ke dalamnya serta memberikan nombor akaun serta pin kad pengeluaran wang automatik (ATM) kepada suspek. Mangsa menuruti semua arahan itu sebelum mendapati wang miliknya dipindahkan ke dalam beberapa akaun lain.
"Pemindahan wang itu dilakukan secara dalam talian menerusi 13 transaksi bermula 31 Mei hingga 5 Jun lalu menyebabkan mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang warga emas berusia 66 tahun kerugian RM167,702.15 selepas diperdayakan 'seorang pegawai dari Hong Leong Bank' kononnya identiti mangsa digunakan untuk membuat pinjaman sehingga mempunyai tunggakan.
Mangsa yang merupakan seorang peniaga menafikan perkara itu telah diarahkan untuk membuka akuan bank baharu dan memindahkan semua wangnya, yang dilakukannya pada 4 dan 8 Mei lepas sebelum menyerahkan butir akaun itu kepada suspek.
"Mangsa juga membuat laporan di IPD Kuantan semalam, selepas mendapati wang dalam akaun berkenaan telah dikeluarkan tanpa pengetahuannya," katanya.
Mohd Wazir menambah kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 07 2018
![Dua lelaki rugi ratusan ribu ringgit ditipu 'pegawai bank' Dua lelaki rugi ratusan ribu ringgit ditipu 'pegawai bank'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517541455_KetuaJabatanSiasatan.jpg)
WAZIR: Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711700190_TBpadukjjpg.jpg)
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
![Dua lelaki rugi ratusan ribu ringgit ditipu 'pegawai bank' Dua lelaki rugi ratusan ribu ringgit ditipu 'pegawai bank'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517541455_KetuaJabatanSiasatan.jpg)
Dua lelaki rugi ratusan ribu ringgit ditipu 'pegawai bank'
Mangsa dikatakan terima panggilan konnonnya dari pihak mahkamah yang menyatakan identiti mereka telah digunakan untuk membuat pinjaman bank.