Dua lelaki maut dipercayai ditetak dalam kejadian bunuh di Jalan Argyll, George Town pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga tempatan ditemui terbaring di bilik sewa dalam keadaan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan V. Saravanan memaklumkan susulan kejadian itu polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.


Ketika ini katanya, pasukan forensik sedang memeriksa mayat kedua-dua mangsa.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Dua lelaki maut dipercayai ditetak dalam kejadian di Jalan Argyll, George Town pada Sabtu.