KUANTAN: Dua daripada tiga kluster baru COVID-19 di Pahang adalah berkaitan dengan aktiviti ziarah pada hari raya Aidilfitri, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah.
Beliau berkata satu daripada kluster itu ialah Kluster Kampung Mat Daling di Jerantut yang dilaporkan pada 25 Mei lepas membabitkan kes indeks seorang wanita warga tempatan berusia 37 tahun yang pulang ke kampung itu selama lapan hari mulai 11 Mei lalu.
"Seramai 47 kontak rapat telah disaring melibatkan ahli keluarga dan penduduk kampung dan 10 disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya satu lagi kluster berkaitan hari raya ialah Kluster Batu Hitam yang merujuk kepada lokaliti penularan di tempat kerja dengan kes indeks seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Gebeng di sini.
"Kes mula bergejala demam pada 14 Mei dan disahkan positif pada 21 Mei lalu. Siasatan lanjut mendapati kes indeks ada menziarahi keluarga yang duduk berdekatan bersama satu keluarga yang lain pada hari raya pertama. Seramai 80 individu telah disaring dalam kluster ini dengan 39 daripadanya dikesan positif," katanya.
Dr Bahari berkata satu lagi kluster baru hari ini ialah Kluster Industri Gebeng melibatkan penularan di tempat kerja yang bermula pada 28 Mei lepas, dan daripada 70 orang yang disaring, 25 individu disahkan positif.
Beliau berkata pertambahan 135 kes baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Pahang sebanyak 10,139 kes, dengan jumlah kes aktif 1,784 kes.
Tujuh daerah mencatatkan pertambahan kes dengan kes tertinggi di Jerantut dengan 72 kes diikuti Kuantan (40 kes), Lipis (10 kes), Bentong (sembilan kes), Cameron Highlands (dua kes) dan masing-masing satu kes di Maran dan Bera.
Selain itu, terdapat 25 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021

Dua daripada tiga kluster baru COVID-19 di Pahang adalah berkaitan dengan aktiviti ziarah pada hari raya Aidilfitri. - Gambar hiasan/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua kluster baru di Pahang berkaitan aktiviti ziarah hari raya
Dua daripada tiga kluster baru COVID-19 di Pahang adalah berkaitan dengan aktiviti ziarah pada hari raya Aidilfitri, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah.