Bayangkan jika anda mahu membuat majlis kenduri, dengan 1,000 tetamu sudahpun dijemput, khemah sudah didirikan dan lembu juga sedia untuk ‘ditumbangkan’.
Namun, satu yang menjadi masalah – tiada air mengalir dari paip.
Senario itulah yang membelenggu sebuah keluarga dari Kampung Alor Cina, Mukim Tualang di sini yang bakal mengadakan kenduri perkahwinan, pada esok (Sabtu, 17 Mac).
Seorang ahli keluarga, Zainab Husin, 62, berkata masalah tekanan air rendah terus meruncing di kawasan itu sejak bertahun-tahun lamanya.
Namun, masalah itu lebih ketara sejak Loji Rawatan Air Pokok Sena siap sepenuhnya pada November tahun lepas.
Hari demi hari, sejak dua bulan lalu, dia sekeluarga bersengkang mata setiap malam untuk menadah air yang mengalir untuk tempoh dua hingga 3 jam sahaja.
Itupun cukup-cukup untuk kegunaan harian mereka.
Untuk berjimat, mereka sekeluarga mandi cuma sehari sekali sementara baju dibasuh di kedai dobi.
“Setiap hari dapat la tadah sedikit. Air yang sedikit itulah yang ditadah dan dikumpul untuk mengisi tong besar dalam stor. Itupun tidga hari baru nak penuh. Macam mana nak buat ni?” keluh Zainab yang bimbang untuk melangsungkan kenduri nanti.
Menurut Zainab, masalah itu sudah berkali-kali diajukan kepada pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA).
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Cina, Mohd Tarmizi Harun berkata, beliau akan menghubungi SADA untuk mengetahui tentang perkembangan aduan tersebut.
Dia juga memaklumkan, pihak SADA sehingga kini masih mencari punca kepada tekanan air rendah kerana tidak semua rumah penduduk di kampung itu mengalami masalah sama.
Salim Aziz
Fri Mar 16 2018
![Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521197222_TadahAir.jpg)
Adakah nasib keluarga ini akan dibela oleh pihak tertentu? Mereka amat bimbang dengan kelancaran majlis yang bakal berlangsung esok. - Astro AWANI
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724224071_banjir.jpg)
Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.
![Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722571026_gajahliar.jpg)
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.
![PRU15: Apa khabar jalan di Mersing? PRU15: Apa khabar jalan di Mersing?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667129209_jalanmersing.jpg)
PRU15: Apa khabar jalan di Mersing?
Usaha untuk memperkasakan Mersing sebagai hab pelancongan mungkin perlu dimulakan dengan membaik pulih keadaan jalan raya.
![15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri 15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666422071_MELAKA.jpg)
15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri
Penduduk di kawasan terjejas berang dengan kelewatan pihak berwajib bertindak walaupun selepas diajukan aduan berkali-kali.
![Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663673706_TanjungSepat.jpg)
Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.
![Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652697296_AirSkyAwaniSentu.jpg)
Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.
![Perhilitan N. Sembilan tangkap harimau kumbang seberat 41.5 kilogram Perhilitan N. Sembilan tangkap harimau kumbang seberat 41.5 kilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617362067_HARIMAUKUMBANGJANT.jpg)
Perhilitan N. Sembilan tangkap harimau kumbang seberat 41.5 kilogram
Perangkap itu dipasang sejak Selasa lepas, susulan aduan penduduk kampung mengenai harimau kumbang berkeliaran.
![Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah - Exco NS Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah - Exco NS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573315823_sungaijimah.jpg)
Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah - Exco NS
Pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan dan mendapati keadaan sungai adalah normal.
![Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521197222_TadahAir.jpg)
Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri
Seorang ahli keluarga, Zainab Husin, 62, berkata masalah tekanan air rendah terus meruncing di kawasan itu sejak bertahun-tahun lamanya.