SUNGAI PETANI: Dua beranak antara tiga individu yang ditahan bersama 21 ketul ganja mampat bernilai RM52,500 dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pinang Tunggal, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, serbuan jam 4.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, yang menemui sejumlah 21,885 gram ganja di dalam sebuah beg hitam yang diletakkan di dalam bilik utama di dalam rumah terbabit.
"Siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun ini adalah dalang dalam aktiviti pengedaran dadah ini yang berperanan sebagai penjaga stor. Suspek yang pertama dan suspek yang ketiga berumur 59 itu merupakan ayah dan anak, yang 59 tahun itu bapa, yang umur 33 tahun itu adalah anak.
Beliau ditemui pada sidang media di IPD Kuala Muda hari ini.
Katanya, siasatan mendapati suspek utama duda mempunyai dua anak dan berkerja sebagai pemandu van kilang dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif ganja.
Semakan rekod jenayah suspek mempunyai enam rekod kesalahan kenayah berkaitan dadah dan orang yang dikehendaki.
Sementara suspek kedua adalah sepupunya berusia 22 tahun pekerja kilang dan urin mendapati positif methaphetemin.
Rekod turut mempunyai empat kesalahan lampau melibatkan dadah serta dikehendaki polis.
Jelas Zaidy, ganja ini dipercayai dibawa dari lokasi di utara tanah air untuk pasaran daerah Kuala Muda dan Pulau Pinang.
Katanya polis sedang mengesan saki baki yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ganja ini.
Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari bermula 2 sehingga 7 September untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 03 2022

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ditemui pada sidang media di IPD Kuala Muda hari ini. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua ditahan cuba seludup ganja berhampiran pusat beli belah di Padang Besar
Dua ditahan selepas polis merampas lima kilogram ketulan mampat ganja di hadapan sebuah pusat membeli belah berhampiran ICQ Padang Besar.

Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai RM33,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas 10.2 kilogram ganja bernilai RM33,000 di kawasan tempat letak kenderaan di RTC Napoh, Jitra.

Dua beranak, sepupu dicekup bersama 21 ketul ganja mampat
Pasangan anak-beranak antara tiga individu yang ditahan bersama 21 ketul ganja mampat bernilai RM52,500 dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pinang Tunggal.