KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap dua beranak yang didapati bersalah atas enam pertuduhan menerima wang lebih RM700,000 hasil aktiviti haram.
Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Leong Yih Pak, 60, dan Leong Jun Yuan, 33, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Yih Pak dan Jun Yuan, yang merupakan pengarah sebuah syarikat pemborong gas petroleum cecair (LPG) didakwa menerima wang berjumlah RM727,424.50 melalui akaun semasa milik syarikat mereka iaitu Perniagaan Soon Lee di sebuah bank di sini antara 15 Mei dan 21 Julai 2017.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahah Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram itu atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan.
Mereka turut berdepan enam pertuduhan gagal menyelenggara buku stok borong gas dengan tidak memasukkan butiran yang menunjukkan harga jualan, nama serta alamat pembeli dan enam pertuduhan menjual barang kawalan iaitu gas kepada syarikat yang tidak mempunyai kebenaran.
Yih Pak dan Jun Yuan didakwa melanggar Subperaturan 13(1) dan Subperaturan 9(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di premis perniagaan mereka di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Kepong dekat sini antara 1 Mei dan 9 Julai 2017 serta dihukum mengikut Subperaturan 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak bermula Jumaat.
Terdahulu, peguam R.Nadarajan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan berbentuk denda yang rendah atas alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan mereka telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.
"Pandemik COVID-19 cukup memberi kesan kepada perniagaan mereka, perniagaan mereka terjejas teruk. Jika mahkamah mengenakan jumlah denda yang tinggi, dikhuatiri kedua-dua tertuduh tidak mampu membayar denda tersebut. Yih Pak juga menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi pula memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda supaya dapat memberi pengajaran serta mesej kepada pemegang lesen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk sentiasa menitikberatkan setiap peraturan yang ditetapkan.
"Bagi kes AMLA, tertuduh bukan sahaja telah gagal mematuhi peraturan malah mereka telah mengaut keuntungan yang besar," katanya yang dibantu oleh Pegawai Pendakwa KPDNHEP Azmil Aspara dalam mengendalikan kes itu.
Mahkamah yang mengarahkan Yih Pak dan Jun Yuan menjalani hukuman secara serentak bermula Jumaat turut membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Seramai 21 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak bermula Jumaat. - Gambar hiasan/Bernama
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM75,000 pada 2022.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.

Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.