JOHOR BAHRU: Dua beranak antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini pada 3 dan 4 Nov lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditahan secara berasingan bersama lima yang lain di sekitar Taman Pelangi, Ulu Tiram dan Pelangi Indah, di sini.
"Kesemua tujuh individu itu merupakan warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki, seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan berusia antara 17 hingga 47 tahun.
"Polis turut merampas 216 kilogram ganja bernilai RM540,257, 13.11 gram ketamin bernilai RM1,966 dan 30 biji pil ekstasi bernilai RM450 dengan keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM542,674," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah mendapatkan bekalan dadah dari negeri utara dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Menurut Kamarul Zaman, sindiket yang dipercayai aktif sejak Ogos lepas itu didapati menyewa dua rumah dengan satu daripadanya dijadikan stor penyimpanan dadah manakala aktiviti pembungkusan dilakukan di pangsapuri sebelum dadah diedar di negeri ini.
Beliau berkata selain dadah, polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai RM5,000.
Katanya hasil saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif terhadap dadah jenis THC dan methamphetamine manakala seorang daripada mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Kesemuanya kini direman hingga 11 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
![Dua beranak antara tujuh ditahan edar dadah Dua beranak antara tujuh ditahan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667819728_TBKamarulZamanMamat.jpg)
Kamarul Zaman berkata lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditahan secara berasingan. - Gambar fail
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![Dua beranak bersama pasangan didakwa lakukan khalwat, persediaan zina Dua beranak bersama pasangan didakwa lakukan khalwat, persediaan zina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733733749_tbluarnikahberkha.jpg)
Dua beranak bersama pasangan didakwa lakukan khalwat, persediaan zina
Seorang bapa dan anak perempuannya dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.
![Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731312624_Bapaanakmautkema.jpg)
Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas
Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris, berhampiran Kampung Tengkawang, pagi tadi.
![Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730260510_Bapaboncenganak.jpg)
Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
![Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725162418_kemalangan.jpg)
Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas
Kedua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.
![Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712982251_Kemalangan.jpg)
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
![Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711952394_OPERASISARjpg.jpg)
Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor.
![Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706018713_pertuduhanmengedar.jpg)
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
![Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705705150_TBopah.jpg)
Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya
Erwan bertegas untuk terus duduk di rumah sama kerana terlalu sayangkan kucing-kucing yang menjadi teman setianya sejak dulu.
![JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705450690_duaberanakhidupd.jpg)
JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh
Skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir.
![Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705450690_duaberanakhidupd.jpg)
Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis
Selama tujuh tahun, Erwan dan ibunya tinggal Flat Taman Silibin dalam persekitaran yang terlalu daif, kotor dan tidak sihat.