KUALA LUMPUR: Penggunaan dron berkesan dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan kawalan sempadan serta merakam pelbagai gambar dan video bagi mengumpul bukti untuk membawa pertuduhan ke mahkamah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata oleh sebab itu, PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.
Beliau berkata dron yang berkualiti mampu terbang hingga dua atau tiga jam di udara dan boleh menelan belanja kira-kira setengah juta ringgit seunit.
"Banyak kejayaan dan rampasan dilakukan dengan penggunaan dron ini. Selain itu, setiap dron adalah berbeza mengikut kawasan misalnya penggunaan dron di Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak sama dengan dron di Gua Musang dan Sungai Golok, Kelantan berdasarkan kegiatan yang berbeza.
"Di Zon A (iaitu kawasan pantai yang panjangnya 900 hingga 1,000 kilometer), penggunaan dron amat relevan. Kalau hendak ditempatkan anggota penguat kuasa, ia tidak praktikal memandangkan jumlah yang diperlukan cukup ramai," katanya dalam wawancara khas kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.
Zainal Abidin berkata dron mampu membuat kawalan di satu-satu kawasan bagi tempoh tertentu ketika penguat kuasa melakukan tangkapan dan membawa balik penjenayah serta menulis laporan.
"Sekiranya ada tangkapan dibuat ketika rondaan dilakukan, ia akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk polis buat laporan dan membawa penjenayah balik ke balai.
"(Jadi) akan berlaku kelompongan (tiada kawalan di kawasan itu). Kami perlu naikkan dron untuk mengawal kawasan itu dan apabila dibuat pemerhatian dari atas (udara oleh dron) kawasan yang diperhatikan akan lebih luas dalam dua jam," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga tidak mahu sesuatu tangkapan itu hanya dijadikan 'decoy' yang mana penyeludup sengaja membiarkan satu bot yang kurang barang seludup ditahan bagi memberi ruang dan peluang bot-bot yang lebih besar dengan barangan atau migran menceroboh masuk kawasan sempadan.
"Jadi dron berkuasa tinggi inilah yang diperlukan untuk kawasan Zon A dan untuk kawasan sempadan di Sarawak (misalnya) yang kita tahu, sempadan negeri tersebut kawasannya berbukit bukau dan bergunung-ganang," katanya.
Zainal Abidin berkata pihaknya mempunyai pos kawalan yang jaraknya terlalu jauh antara satu dengan yang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan keselamatan sepenuhnya.
"Bagi menggerakkan pasukan untuk menghalang (kegiatan penyeludupan) pun menjadi cukup sukar dan memakan masa cukup panjang. Oleh sebab itulah, kami hendak gunakan dron ini dalam membendung kemasukan pendatang tanpa izin atau kemasukan barang-barang kontraban ini," katanya.
Beliau berkata dengan adanya tekonologi sebegini, ia mampu menutupi lorong-lorong tikus dan gajah yang banyak di Sarawak.
"Sekiranya ia tidak dilakukan sekarang iaitu menggunakan dron berkapasiti tinggi kemungkinan PDRM menghadapi kesukaran pada masa akan datang dari segi keselamatan negara," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya ada menerima empat kenderaan jenis All Terrain Vehicles (ATV) pemberian kerajaan Sarawak bagi membantu menjaga kawasan sempadan terutamanya apabila Kalimantan bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia.
"ATV tersebut diterima kira-kira dua hari lepas oleh Batalion 11 di Miri, Sarawak selain generator (penjana) memandangkan pos kawalan polis berada di dalam hutan yang tidak mempunyai apa-apa misalnya air dan lain-lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021

Zainal Abidin dalam wawancara khas bersama BERNAMA di pejabatnya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, 17 Ogos. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

114,474 permohonan rentas negeri ditolak sejak 1 jun - Bukit Aman
Sebanyak 114,474 permohonan merentas negeri ditolak sejak 1 Jun lepas kerana tidak memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan.

Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan - Bukit Aman
PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.

Patuh SOP, elak kelonggaran beroperasi ditarik semula - Bukit Aman
Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.

Zainal Abidin Kasim dilantik Ketua Polis Kedah
Beliau mengambil alih tugas Datuk Asri Yusoff yang akan menggalas jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.