KUALA LUMPUR: Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan pematuhan dari semasa ke semasa agar tidak berlaku sebarang pelanggaran SOP.
"Kelonggaran yang diberikan kerajaan adalah untuk memastikan ekonomi negara dapat dijana kembali, namun pada masa sama sebagai pemilik premis, mereka harus memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya mereka yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu sebelum tindakan tegas termasuk kompaun dikenakan.
Semalam kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Satu PPN kembali beroperasi berkuat kuasa hari ini antaranya kedai cuci kereta; kedai elektrik dan elektronik; kedai barangan rumah dan peralatan dapur; kedai perabot dan kedai peralatan sukan.
Antara SOP ditetapkan ialah pemilik premis perniagaan perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Datuk Zainal Abidin Kasim berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan pematuhan dari semasa ke semasa agar tidak berlaku sebarang pelanggaran SOP. - Foto BERNAMA
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
KM Pulau Pinang nasihat pelancong patuhi SOP
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apaila berkunjung ke pusat tarikan pelancong dan rumah sanak-saudara terutama ketika peray
Lebih 1,000 anggota polis Perak pantau pematuhan SOP di sekolah
Lebih 100,000 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di 825 sekolah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.
COVID-19: Penggiat sukan dinasihat terus patuh SOP elak wujud kluster baharu
Penggiat serta pemain sektor sukan dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP
Penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran aktiviti rentas negeri.
Rentas negeri: Perantau, rakyat Kelantan diingatkan agar patuh SOP tahap tertinggi
Dr Zaini mengulangi peringatan supaya penduduk negeri itu kekal patuh SOP pada tahap tertinggi supaya tidak berlaku peningkatan kes secara mendadak.
Rentas negeri petanda Malaysia semakin hampir menuju fasa endemik
Meskipun kelonggaran sudah diberikan, komitmen yang diberi rakyat sebelum ini kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus diteruskan.
Jadi pengunjung bertanggungjawab, tingkah laku anda diperhati mata-mata halus PCC
Pengunjung Putrajaya diberi ingatan supaya menjaga tingkah laku dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS
Polis bimbang, kealpaan orang ramai susulan pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi menyebabkan kes kembali meningkat.
Patuh SOP, elak kelonggaran beroperasi ditarik semula - Bukit Aman
Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.