PUTRAJAYA: Doktor aktivis, Dr Malar Santhi Santherasegapan yang turut dikenali sebagai pempengaruh media sosial dinobat sebagai Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Isnin.
Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepetahan berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan bahasa Melayu yang fasih menyebabkan pegawai perubatan itu mempunyai pengikut yang ramai.
Sementara itu, Dr Malar yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, menyifatkan anugerah yang diterima itu sebagai penghargaan besar buat dirinya.
Watak utama di sebalik 'Celoteh Dr Malar' itu turut berterima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan berkenaan.
"Saya juga berterima kasih kepada insan di sebalik Celoteh Dr Malar termasuk ibu bapa, suami serta dua pengurus," katanya.
Jelas doktor berusia 40 tahun itu, perkongsian mengenai tip kesihatan itu disifatkan sebagai 'tanggungjawab' sosial kepada masyarakat.
"Saya mahu terus berkongsi maklumat kesihatan kepada orang ramai dengan cara paling mudah, santai dan senang difahami menerusi media sosial.
"Kalau boleh saya nak kurangkan kesesakan di hospital dengan memberi ilmu serta tip kesihatan kepada orang ramai," katanya.
Dr Malar sebelum ini melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran dalam bidang Pengurusan Penjagaan Kesihatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu turut boleh bertutur dalam bahasa Rusia kerana pernah belajar di Universiti Perubatan Krimea (CSMU), Ukraine. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 01 2023
Anwar (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh kepada Dr Malar (tengah) pada Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Dr Malar terima Anugerah Pekerja Contoh
Dr Malar yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, menyifatkan anugerah yang diterima itu sebagai penghargaan besar buat dirinya.