KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
MAGERAN diperkenalkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak bertanggungjawab mengetuai gerakan itu.
Ia berjaya menarik penyertaan parti-parti politik dan sekali gus dapat bergerak sebagai satu kuasa baharu dalam menyelesaikan masalah dalam negara.
"Saya cadang Mageran kerana kita dapati MAGERAN yang ditubuh dulu dan diketuai Tun Razak berjaya menangani masalah politik pada masa itu. Politik ini diselesaikan oleh Tun Razak dengan dia menjemput parti-parti lawan menyertai kerajaan.
"Ia dapat menarik Gerakan, Pas, SUPP, dan PPP terima untuk bekerja dengan kerajaan, dengan itu selesai masalah politik yang ada sebab kita tahu masa itu nak tubuh kerajaan susah sebab di Perak dan Selangor kemenangan alliance masa itu tak begitu jelas," katanya semasa sidang media atas talian yang diadakan pada Khamis.
LAPOR LANGSUNG: MENGHADAP AGONG: Apa yang anda perlu tahu
BACA: Menghadap Agong: Tun Mahathir tiba di Istana Negara
BACA: Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
Bagaimanapun, beliau percaya cadangan penubuhan semula MAGERAN ini tidak dipersetujui oleh kerajaan pada ketika ini.
"Saya ditanya sama ada kalau kita nak buat MAGERAN ini, tentulah kerajaan yang ada sekarang ini mencadang kepada Agong kerana dulu pun Tunku cadang kepada Agong, tetapi saya tak yakin kerajaan ada sekarang akan menubuhkan Mageran sebab awal-awal lagi mereka tidak perlu kepada Mageran.
Selain itu kata Dr Mahathir, cadangan Tun Razak untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa sama telah menstabilkan politik dan ekonomi dalam negara.
"Itu menunjukkan penubuhan badan seperti MAGERAN ini berjaya menyelesaikan masalah. Kali ini juga, kita boleh lakukan sebab pihak Pejuang umpamanya kita telah bincang dengan mendalam masalah negara dan kita tahu cara selesai masalah COVID-19 , ekonomi, politik dan sosial," tambahnya.
BACA: Pejuang pilih jadi kuasa ketiga dalam arena politik negara - Tun M
Semalam, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad
menegaskan Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat Keselamatan pada 1969, justeru cadangan mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak MAGERAN bukanlah satu langkah yang sesuai.
Menurutnya, sehubungan itu, cadangan sedemikian adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan usaha kerajaan dan semua pihak dalam menangani krisis yang dihadapi negara.
Astro Awani
Thu Jun 10 2021

Dr Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong. - Foto FB Dr Mahathir
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.