Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK) mulai 15 Jun di mana beliau antara lain dijadualkan berucap di Cambridge Union.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir akan menyampaikan syarahan bertajuk "Demokrasi di Malaysia dan Asia Tenggara" di Cambridge Union pada 16 Jun, yang dijangka menarik kehadiran personaliti dan ahli akademik terkemuka di UK selain para penuntut institusi pengajian tinggi.
Menurut Wisma Putra, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan para pelajar dari Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (UKEC) selain rakyat Malaysia yang menetap di UK pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang akan dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
Dr Mahathir juga akan menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Human Life Advancement (HLAF). HLAF yang ditubuhkan pada 2011 itu adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang aktif dalam bidang pendidIkan, pemindahan teknologi dan pembangunan lestari.
"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Malaysia untuk menarik pelaburan asing, perdana menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemain dan pelabur utama industri di UK bagi meneroka bidang-bidang kerjasama dan memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala," menurut Wisma Putra.
Sejak 10 tahun lepas, jumlah perdagangan antara Malaysia dan UK telah mencatat kadar pertumbuhan dua peratus setahun dengan perdagangan dua hala tahunan bernilai RM12 bilion hingga RM17 billion, katanya.
Wisma Putra berkata lawatan kerja itu akan memastikan hubungan persahabatan antara Malaysia dan UK kekal kukuh demi kebaikan kedua-dua negara.
Dr Mahathir akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan para pegawai kanan kerajaan.
Bernama
Thu Jun 13 2019

Dr Mahathir juga akan menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Human Life Advancement (HLAF). HLAF yang ditubuhkan pada 2011 itu adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang aktif dalam bidang pendidikan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.

Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.

2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.

Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.

Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.

ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.

KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.

Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.