BUTTERWORTH: Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Norlela Ariffin hari ini mendakwa doktor junior di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah sekian lama menanggung waktu pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan.
Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata, beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan pengalaman ahli keluarganya sendiri.
Tegasnya lagi, waktu pekerjaan seperti itu tidak akan ditanggung oleh golongan pekerja di sektor yang lain.
“Dia (ahli keluarga) telah mengalami kemalangan sebanyak 27 kali kerana terlampau letih dengan bebanan tugas, namun Alhamdulillah dia masih selamat. Rakannya meninggal dunia. Saya juga teringat seorang doktor yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.
“Tetapi jawapan daripada pengurusan KKM, termasuk ahli-ahli politik, bahawa ini merupakan lumrah yang harus dilalui kesemua pegawai perubatan. Ia seolah-olah satu budaya yang harus diterima dalam profesyen perubatan,” katanya lagi.
Norlela berkata demikian sebagai respons kepada sebuah artikel tentang seorang doktor junior di sebuah hospital di Pulau Pinang yang dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan pejabat.
Ketua Pegawai Polis Daerah Timur Laut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, buat masa ini insiden itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Mengulas lanjut, Norlela berkata, alasan Jabatan Kesihatan Negeri bahawa masalah berlebihan bebanan kerja kerana kurang tenaga kerja sukar untuk diterima, memandangkan ramai graduan perubatan sama ada gagal, atau menunggu lama untuk diterima dalam perkhidmatan.
“Tak masuk akal KKM biar perkara ini berlarutan bila doktor perlu buat ‘life-death decisions’ masa rawat pesakit dalam keadaan kerja macam ni,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed May 04 2022

Norlela berkata, alasan Jabatan Kesihatan Negeri bahawa masalah berlebihan bebanan kerja kerana kurang tenaga kerja sukar untuk diterima

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM
Bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini.

Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
Norlela berkata, alasan Jabatan Kesihatan Negeri bahawa masalah berlebihan bebanan kerja kerana kurang tenaga kerja, sukar untuk diterima.

Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.

Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela
SPRM akan menjalankan proses merakam percakapan ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu kilang kayu haram.