GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin telah menyerahkan nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Saya telah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan beliau telah menjawabnya (berhubung doktor-doktor tersebut)," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Dr Norlela berkata bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
"Nama (yang dikemukakan) bukan mengenai kematian itu kerana kes masih dalam siasatan. Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan," katanya.
BACA: Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
BACA: Dakwaan buli doktor pelatih, JKNNS kesan dua doktor pakar terlibat
BACA: MMA terima 36 kes buli sejak 2017
BACA: Pembuli doktor pelatih sila berhenti sebelum tindakan diambil - Exco Melaka
Pada 17 April lepas, doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat di sini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
Pada 6 Mei lepas, Khairy turut dilaporkan berkata KKM akan menubuhkan 'task force' bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu.
BACA: Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
BACA: Polis akan rekod keterangan ahli keluarga doktor pelatih di HPP maut
BACA: Bekas doktor pelatih cuba bunuh diri kes lama, JKNK sedia siasat lanjut - Dr Zaini
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
![Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61583737370_AhliDewanUndangan.jpg)
DR NORLELA: Saya cuma nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan. - Gambar fail/Astro AWANI
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61583737370_AhliDewanUndangan.jpg)
Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM
Bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini.
![Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/41447980242_DrNorlelaAriffin.jpg)
Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
Norlela berkata, alasan Jabatan Kesihatan Negeri bahawa masalah berlebihan bebanan kerja kerana kurang tenaga kerja, sukar untuk diterima.
![Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81592396736_chikungunya.jpg)
Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.
![Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492590145_DatukAzam.jpg)
Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela
SPRM akan menjalankan proses merakam percakapan ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu kilang kayu haram.