Walaupun dimamah ulat dan terpaksa menahan kesakitan dan rasa lapar selama tiga hari berikutan terkena dua tembakan, Renjer Abang Bolhi Abang Doladi tetap bertarung nyawa untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan komunis dalam satu pertempuran di Hutan Ulu Kinta Perak pada tahun 1971.
Dalam Operasi Iblis 1971 (Op Iblis), Abang Bolhi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak terkena tembakan di bahagian belakang sehingga menembusi dada kanan dan satu lagi tembakan di jari kelingking kirinya dalam pertempuran itu.
Berpegang kepada kata-kata azimat 'Agi Idup Agi Ngelaban', pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan dan membunuh tiga pengganas komunis.
Namun begitu, berikutan kedudukan pada ketika itu di kawasan cerun yang tersembunyi, beliau terpaksa menahan kesakitan dan kelaparan selama tiga hari kerana gagal ditemui rakan seperjuangannya.
"Berikutan kecederaan, saya tidak boleh bergerak dan luka di badan mulai dimamah ulat... Selama tiga hari, saya terpaksa menahan lapar dengan hanya minum air sahaja.
"Masa itu, saya bertekad untuk hidup kerana mahu berjumpa ibu bapa saya yang berada di kampung... syukur kerana Tuhan memanjangkan usia saya sehingga ke hari ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.
Abang Bolhi berkata kecederaan yang dialami itu mengambil masa hampir lima bulan untuk sembuh namun beliau menyifatkan ia hanya 'perkara kecil' kerana hasratnya adalah untuk memperjuangkan kedaulatan negara daripada serangan komunis.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis yang penuh istiadat itu.
Pada sambutan Hari Pahlawan hari ini, pantomim "Operasi Iblis 1971" dipersembahan untuk mengenang jasa Kapten Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempuran dan mencederakan Abang Bolhi dan renjer Bajau Ladi.
Abang Bolhi bersama lima lagi rakan seperjuangan dalam pertempuran itu diberi penghormatan menghadap Sultan Muhammad V.
Op Iblis dilancarkan oleh Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada tahun 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.
Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahkan Unit Penggempur ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak sebagai kubu baharu mereka.
Pada 3 Jun 1971, kumpulan tinjau khas berkekuatan 23 orang anggota campuran yang diketuai Mohana Chandran bergerak menuju ke kawasan Tanah Hitam Chemor melalui Hutan Rizab Bukit Kinta, Perak bagi mengesan pengganas komunis itu.
Pada 13 Jun 1971, kumpulan itu diaturgerak dan berjaya mengesan kem musuh yang mempunyai 25 hingga 30 orang komunis dan atas taat setia dan semangat cintakan negara, Mohana Chandran dan kumpulannya telah menyerang kedudukan kem musuh.
Dalam kejadian berbalas tembakan, Mohana Chandran terkena tembakan tetapi beliau tetap berjuang dan berbalas tembakan sehingga sebutir peluru musuh menembusi kepalanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Antara adegan dalam persembahan pantomim 'Operasi Iblis 1971' yang dipersembahkan kepada hadirin sempena Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Dimamah ulat, tahan sakit, lapar tiga hari, demi negaraku - Renjer Abang Bolhi
Berpegang kepada kata-kata azimat 'Agi Idup Agi Ngelaban', pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan, membunuh tiga komunis.
PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Pakatan Harapan (PH) diminta segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU wajar dimansuhkan, tingkat autonomi universiti - Mahasiswa UM
Aktivis mahasiswa, demokrat Universiti Malaysia berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sewajarnya dimansuhkan kerana ia berkait rapat soal urus tadbir universiti.