BUTTERWORTH: Tindakan lima pasangan yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam membawa padah apabila mereka ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di sekitar kawasan Pantai Bersih di sini, lewat malam Rabu.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, kesemua mereka ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan 10 pegawai penguat kuasa bermula jam 11 malam di kawasan tumpuan ramai itu.
Menurutnya, pemeriksaan dibuat berikutan aduan dan rungutan pengunjung lain yang rimas dengan gelagat tidak bermoral yang dilakukan pasangan berkenaan.
"Ketika pemeriksaan dibuat mendapati ada di antara mereka yang berpelukan di dalam kenderaan, duduk berdua-duaan di tepi pantai dalam keadaan mencurigakan tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah.
"Apa yang lebih mengecewakan mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadan dengan memberikan pelbagai alasan kononnya hanya duduk di sini untuk melihat pemandangan serta hanya bersembang tanpa melakukan apa-apa," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan pada Khamis.
Mohd Azizon berkata, kesemua mereka diberikan notis untuk hadir ke Pejabat Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi siasatan lanjut.
Katanya, 10 individu berkenaan yang berusia di antara 20 hingga 25 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Bagi kesalahan itu, pasangan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 06 2023

Antara pasangan yang diperiksa duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sekitar Pantai Bersih. - Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dicekup duduk berdua-duaan, berpeluk dalam kereta
Pemeriksaan dibuat berikutan aduan dan rungutan pengunjung lain yang rimas dengan gelagat tidak bermoral yang dilakukan pasangan berkenaan.