HANYA berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau Sekatan Pegerakan Penuh dijadualkan berakhir.

Bagaimanapun, perasaan bimbang serta perasaan bercampur-baur masih menyelubungi rakyat Malaysia berhubung perkara ini.

Adakah PKP 3.0 akan berlanjutan ataupun sebaliknya? Itu juga menjadi persoalan rakyat Malaysia sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai sekiranya PKP 3.0 akan bersambung atau sebaliknya.


Rata-rata, ramai yang menjangkakan bahawa PKP 3.0 akan bersambung lagi.

Antara reaksi orang ramai

Antara reaksi orang ramai

Antara reaksi orang ramai

Namun, menurut pengguna laman YouTube, KZ Hathaway aka mafty, dia mengharapkan agar perintah ini ditamatkan.

Tambahnya lagi, dia seharusnya ditamatkan secara berperingkat dengan mempercepatkan lagi proses vaksinasi.

Ada yang mengharapkan PKP 3.0 ditamakan secara berperingkat

Tetapi bagi Ramza Babulan pula, kerajaan harus mengambil kira kesan buruk sekiranya ingin menamatkan PKP 3.0.

Katanya, ada beberapa negara luar yang harus dijadikan contoh kerana menamatkan perintah kawalan pergerakan secara terburu-buru, sehingga menyebabkan penularan naik mendadak semula.

Kata Ramza Babulan, perlu diambil kira kesan buruk sebelum membuat keputusan.

Kata Zaharah Kodri pula, kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini dan dia percaya kerajaan akan menyambung semula PKP 3.0 demi kebaikan rakyat Malaysia

Kata Zaharah Kodri, jika PKP 3.0 disambung, ia adalah untuk kebaikan semua.

Begitu juga dengan Firdaus Firdaus yang menyatakan rasa bimbang dengan apa yang berlaku sekiranya PKP 3.0 tidak disambung.

Firdaus Firdaus berkata PKP harus disambung demi menjaga nyawa rakyat Malaysia


Biarpun PKP 3.0 bersambung atau tidak, diharapkan semua ini diambil kira sebaiknya demi keselamatan rakyat Malaysia.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menantikan keputusan sama ada PKP 3.0 bersambung atau sebaliknya, yang dijangka akan diumum dalam masa terdekat.