KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) yang antara lain bertujuan mengekang jenayah dalam talian menggunakan akaun keldai bagi menjalankan aktiviti penipuan dalam talian, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang mempengerusikan persidangan berkata rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Cadangan pindaan itu meliputi dua skop utama iaitu peruntukan baharu bagi kesalahan berkaitan akaun keldai serta tafsiran financial instrument dan payment instrument, serta melibatkan pewujudan empat seksyen baharu.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata jumlah kerugian melibatkan jenayah penipuan dalam talian untuk tempoh kurang tiga tahun adalah sebanyak RM2,651,398,000.34.
Melalui pindaan berkenaan, kerajaan MADANI berharap usaha itu mendapat sokongan bipartisan kedua-dua pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat lebih terjamin.
Pada masa ini, beliau berkata perundangan sedia ada tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi tindakan pemilik yang membenarkan akaun milikan mereka digunakan oleh orang lain.
"Disebabkan itu, kelompangan perundangan ini dan juga keperluan mendesak untuk melindungi semua lapisan rakyat Malaysia daripada mangsa jenayah penipuan dalam talian, kerajaan mengemukakan cadangan pindaan kepada Akta 574 bagi membanteras penjenayahan, penipuan dalam talian yang berkaitan dengan akaun keldai secara komprehensif dan berkesan," katanya.
Azalina berkata pelbagai usaha telah dijalankan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia untuk mengekang sindiket penipuan dalam talian termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian dan penangkapan, seterusnya menjalankan pendakwaan terhadap pihak yang terlibat.
Katanya, aktiviti penipuan itu yang digerakkan menggunakan akaun keldai bertindak sebagai lubuk atau tempat persinggahan untuk menyimpan wang milik mangsa sebelum berpindah ke akaun lain yang apabila disiasat mendapati akaun terbabit telah disewa atau diberikan akses kepada orang lain secara sukarela atau sebaliknya.
"Tambahan pula, perkara yang menyukarkan pihak berkuasa dalam proses penyiasatan ialah pemilik akaun ini kebiasaannya tidak mengenali pihak ketiga yang telah menyalahgunakan akaun bank mereka sebagai medium transit wang mangsa," katanya.
Persidangan Dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
![Dewan Rakyat lulus pindaan Akta 574, kekang jenayah guna akaun keldai Dewan Rakyat lulus pindaan Akta 574, kekang jenayah guna akaun keldai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708356825_JohariAbdul.jpg)
Tan Sri Johari Abdul yang mempengerusikan persidangan berkata rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju. - Bernama
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Perlembagaan Bersatu bertentangan Perlembagaan Persekutuan - Johari Perlembagaan Bersatu bertentangan Perlembagaan Persekutuan - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Perlembagaan Bersatu bertentangan Perlembagaan Persekutuan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
![Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720673475_tbGobindSinghDeo.jpg)
Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind
Perkara ini perlu dipandang serius bagi meningkatkan keyakinan pengguna bahawa data peribadi mereka adalah selamat.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
![RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![Dewan Rakyat lulus RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719407149_tbAnthonyLoke.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 (Akta 788).
![Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mohd Shahar meminta Perdana Menteri jelaskan keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB.
![Cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig dibentang di mesyuarat Kabinet esok Cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig dibentang di mesyuarat Kabinet esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig dibentang di mesyuarat Kabinet esok
Pembentangan itu membabitkan laporan interim, bertujuan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.
![RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715853637_RafiziRamli.jpg)
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
![DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715095827_TBDUNSWAK.jpg)
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.