KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini, kata menterinya Rafizi Ramli.
Beliau berkata rangka kerja kawal selia progresif itu akan dibentangkan terlebih dahulu pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan pada akhir tahun ini.
"Kita mempunyai peluang untuk menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pemimpin serantau tetapi pemimpin di peringkat global dalam CCUS dan kerajaan sedang berusaha untuk memastikan kita merebut peluang itu.
"Berdasarkan pertimbangan modal yang ketara, satu rangka kerja diperlukan untuk menjamin ekonomi pelaburan ini. Kita mempunyai platform ini untuk menjadikan Malaysia sebagai hab CCUS serantau.
"Kerajaan memahami keperluan untuk bertindak dengan segera," katanya dalam ucaptama pada forum CEO OGSE100 anjuran Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) hari ini.
Pada sidang media, Rafizi berkata rang undang-undang itu akan melihat kepada keseluruhan aspek yang diperlukan untuk membina satu industri baharu yang memberi panduan dari segi kelulusan kawal selia permohonan kepada industri dan pada masa yang sama melindungi kepentingan orang ramai.
"Pada masa ini, kita tidak ada badan yang mengawal selia, tidak ada sebarang agensi atau jabatan kerajaan yang menetapkan piawaian. Kita tidak ada undang-undang yang menetapkan liabiliti dan peraturan.
"Dengan adanya kerangka ini, membolehkan pelabur masuk ke Malaysia kerana nilai industri ini untuk tempoh 20 tahun akan datang (dijangka) mencecah RM100 bilion.
"Justeru, pelaburannya sahaja melibatkan berpuluh bilion ringgit," katanya, sambil menambah sesi libat urus telah diadakan dengan pemain industri.
Sementara itu, Rafizi berkata pengeluaran minyak Malaysia dijangka mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang manakala penggunaan tenaga negara diunjurkan hampir dua kali ganda menjelang 2050.
Justeru, katanya negara tidak boleh lagi bergantung kepada dominasi dalam minyak dan gas sebelum ini untuk terus memenuhi permintaan Malaysia pada masa depan.
Beliau berkata dengan mengemukakan naratif yang lebih menyeluruh untuk perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) serta peranan penting yang dimainkannya untuk masa depan negara, industri ini boleh beralih kepada tahap yang lebih baik.
"Itu sebabnya Kementerian Ekonomi, melalui MPRC akan menjalankan Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan OGSE Kebangsaan pada akhir tahun ini.
"Banyak yang telah berubah sejak penubuhannya pada 2021 dan semakan diperlukan untuk mencerminkan keutamaan baharu kita dan untuk menyelaraskan dengan pelan tindakan yang terkini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Rafizi berkata rangka kerja kawal selia progresif itu akan dibentangkan terlebih dahulu pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen. - Gambar fail/Bernama
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Langkah lindungi budaya setempat, insentif pusat autisme tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu dikemukakan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sesi soal jawab.
Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233.
Singapura perkenal undang-undang perkukuh perlindungan terhadap diskriminasi di tempat kerja
Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Selasa.
1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung Projek 1BestariNet dan tindakan undang-undang yang diambil diajukan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kepada Menteri Pendidikan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Penjelasan pemberian lesen laksana 5G kepada U Mobile tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Komunikasi.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon
Rafizi hari ini mengadakan pertemuan dengan Abang Johari serta menteri kabinet negeri bagi membincangkan RUU berhubung perdagangan karbon.
Perancis kesal Parlimen Israel lulus undang-undang larang operasi UNRWA
Perancis berjanji akan terus menyokong UNRWA dan agensi PBB lain yang membantu penduduk Palestin, serta memastikan pelaksanaan pembaharuan yang diperlukan untuk menjamin keberkecualian UNRWA.