KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 (Akta 788).
Ia antara lain bagi memindahkan fungsi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang akan dibubarkan, kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Rang undang-undang yang dikemukakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan enam Ahli Parlimen.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Loke menyatakan komitmen untuk memastikan proses penggabungan badan kawal selia industri penerbangan Malaysia itu berjalan lancar sebelum pindaan rang undang-undang berkenaan berkuat kuasa.
"Komitmen ini saya diberikan dalam Dewan (Rakyat) ini bahawa saya tidak akan terburu-buru untuk menguatkuasakan pindaan ini selagi belum selesai lagi proses penggabungan (MAVCOM dan CAAM) secara teratur dan tertib.
"Ini bagi memastikan perjalanan industri penerbangan awam kita dapat berjalan lancar," katanya.
Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua, Loke berkata penggubalan rang undang-undang berkenaan telah melalui proses perundangan yang komprehensif melibatkan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengangkutan, CAAM, MAVCOM dan Jabatan Peguam Negara seawal Jun tahun lepas.
Katanya satu Pasukan Petugas Khas telah dibentuk bagi membincangkan secara terperinci mengenai struktur, fungsi, bidang kuasa, implikasi perjawatan, kewangan, bayaran pampasan dan perundangan susulan pembubaran MAVCOM dan pemindahan fungsi MAVCOM kepada CAAM.
"Dalam entiti baharu selepas penggabungan, CAAM akan dilengkapi dengan ahli-ahli profesional dan pakar-pakar yang mempunyai latar belakang yang lebih luas, umpamanya dalam bidang ekonomi, perundangan dan pentadbiran awam malah hubungan antarabangsa dan sebagainya.
"Matlamat kerajaan adalah untuk membina sebuah institusi kawal selia penerbangan awam yang lebih komprehensif dan mampu menaikkan lagi nama baik Malaysia di mata dunia khususnya dalam sektor udara," katanya.
Selain itu Loke berkata lantikan tetap dan lantikan kontrak di bawah MAVCOM yang dikenal pasti melaksanakan fungsi teras berkaitan hal ehwal ekonomi dan komersial serta melaksanakan fungsi yang memerlukan kompetensi dan kepakaran dalam bidang profesional teknikal, akan ditawarkan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam berdasarkan kepada perjawatan yang akan diwujudkan di bawah CAAM.
"Kerajaan juga akan memastikan gaji dan faedah kakitangan MAVCOM yang diserapkan ke dalam CAAM adalah mengikut pasaran dan dalam hal ini, organisasi CAAM sedang distruktur semula bagi membolehkan CAAM melaksanakan semua fungsi MAVCOM yang dipindahkan dan perinciannya akan dibincangkan dan dirujuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan," katanya.
Beliau berkata inisiatif untuk penggabungan badan pengawalseliaan penerbangan awam di bawah satu entiti bukan sahaja dapat mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan sedia ada, malah dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sesi pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 31 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
Sistem perbankan Malaysia kekalkan kedudukan mudah tunai yang sihat - BNM
Bank pusat berkata agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya stabil pada 83.5 peratus (November 2024: 83.8 peratus).
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.
Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.