KUALA LUMPUR: Debat Perdana malam ini menyaksikan dua bekas Menteri Kewangan- Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan fakta mengenai pengurusan kewangan negara pada era masing-masing.
Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, berkata, sepanjang sembilan tahun menerajui Kerajaan Barisan Nasional, pekali Gini (Gini coefficient) negara, iaitu jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin menjadi semakin kecil.
Namun, tambah Ahli Parlimen Pekan itu lagi, jurang itu kembali melebar sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan.
“Ini statistik perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), di mana Gini-coefficient, yang tentukan pendapatan antara kaya dan miskin, selama sembilan tahun di bawah BN, ia semakin kecil. Tetapi 22 bulan di bawah PH ia semakin melebar.
“Ini bererti dasar BN lebih adil pada orang miskin, pada B40, berbanding dasar kerajaan PH. Ini fakta, dan saya boleh cabar sesiapa pun, kerana ini fakta, bukan propaganda, bukan sekadar retorik,” katanya lagi.
Selain itu, Najib berkata, Malaysia sewaktu zaman beliau telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi antara yang tertinggi dalam rantau ini, selain kemasukan pelaburan asing yang meningkat, pengukuhan ringgit, serta peningkatan mata Bursa Malaysia paling lama di dunia.
Selain itu, beliau berkata, Khazanah Nasional sewaktu di bawahnya menyaksikan peningkatan nilai aset daripada RM34 bilion kepada RM114 bilion, namun menjunam kepada RM79 bilion selepas PH mengambil alih kerajaan.
Menjawab soalan Anwar tentang mengapa era beliau dilihat tidak begitu menitikberatkan soal pembasmian rasuah, Najib menafikannya.
Katanya lagi, jika PH begitu serius memerangi rasuah, maka tak akan terjadi dalam sejarah Malaysia seperti mana Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia datang daripada lantikan politik.
Bercakap mengenai soal kecekapan pengurusan kewangan, Anwar pula menjelaskan, sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada era 90-an, belanjawan negara mencatatkan lebihan sebanyak RM20 bilion, berbanding zaman Najib yang meninggalkan tanggungan RM90 bilion.
Selain itu, Anwar berkata, tak perlu berbicara soal pertumbuhan ekonomi, sekiranya negara masih ketinggalan berbanding negara serantau lain seperti Thailand dan Asean.
Dalam pada itu, menjawab soalan Najib tentang mengapa Anwar tidak berbuat apa-apa mengenai skandal Forex yang nilai kerugiannya sekitar RM30 bilion (RM150 bilion hari ini), Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata tiada masalah jika siasatan mahu dibuka sekarang.
“Ini beza saya dengan Datuk Seri Najib. Saya tidak mahu mana-mana kes, melibatkan mana mana ahli politik, guna jentera politik unutuk tutup kes, dera orang. Saya tak suka jentera politik, jentera kerajaan diperalat untuk tekan musuh politik.
“Saya sebut di Parlimen, tak mahu guna alasan mantan PM, mantan KP SPRM, Peguam Negara dan sebagainya, (kononnya) keputusan itu menghalang kita. Tak ada masalah.
"Perdana Menteri sekarang UMNO, buatlah mesyuarat Majlis Tertinggi, arahlah siasatan. Ini tiga suku Ahli MT (di barisan penonton) ada. Ambil arahan, tapi jangan lupa ramai (akan) terpalit, termasuk di sebelah sana,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu May 12 2022
![Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652376987_DebatAnwarNajib.jpg)
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib' Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652587644_FahmiFadzil.jpg)
Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.
![Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652404747_ZahidHamidi.jpg)
Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.
![Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652376987_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.
![Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang' Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652369146_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'
Najib mendakwa, PH hanya mengecilkan 'kek ekonomi' dengan mengambil langkah menjual aset kerajaan sewaktu 22 bulan memerintah
![Debat Perdana: 'Banyak mana projek mega pun, integriti perlu ada' - Anwar Debat Perdana: 'Banyak mana projek mega pun, integriti perlu ada' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652363879_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: 'Banyak mana projek mega pun, integriti perlu ada' - Anwar
Anwar berkata, penyelewengan daripada projek berskala besar boleh timbul sekiranya tidak dibahaskan secar telus dan terbuka di Parlimen.
![Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652366763_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.
![Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652365676_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat dilihat sudah mual dengan percaturan politik serta rencana pemunggahan kekayaan oleh elitis politik.
![Debat Perdana Anwar - Najib, bukti politik Malaysia lebih terbuka dan sihat Debat Perdana Anwar - Najib, bukti politik Malaysia lebih terbuka dan sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652271547_TBCALONPRN.jpg)
Debat Perdana Anwar - Najib, bukti politik Malaysia lebih terbuka dan sihat
Pertembungan dua sosok tokoh politik negara di pentas perdebatan itu bukti kematangan demokrasi di Malaysia.
!['Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar' 'Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648086074_TBTOKMAT.jpg)
'Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar'
"Saya tak boleh nak nasihat mereka, lantak merekalah. Dia (Najib dan Anwar) nak cakap, biarlah dia cakap."
![Debat Perdana Najib - Anwar bawa corak politik matang, sihat kepada rakyat Debat Perdana Najib - Anwar bawa corak politik matang, sihat kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650177167_FahmiFadzil.jpg)
Debat Perdana Najib - Anwar bawa corak politik matang, sihat kepada rakyat
Sesiapa sahaja boleh berbeza pandangan, tetapi tidaklah sampai bermusuhan dan berdendam kesumat di luar gelanggang politik, kata Fahmi.