KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) menyasarkan peningkatan sehingga 100 peratus pengekalan hutan dan kawasan rekreasi sedia ada di seluruh Kuala Lumpur (KL) menjelang tahun 2040.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat malam memaklumkan DBKL turut menyasarkan nisbah 20 meter persegi kawasan tanah lapang per penduduk untuk dijadikan sebagai kawasan hijau.
Beliau berkata perkara itu selaras dengan amalan terbaik yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Dalam usaha untuk mengoptimumkan perancangan pembangunan di KL, saya telah mengarahkan DBKL memastikan semua perancangan penggunaan tanah perlu dilaksanakan dengan teliti, mampan dan berdaya saing demi memanfaatkan tanah lapang dan kemudahan rekreasi awam sedia ada yang meliputi 9.16 peratus daripada keseluruhan penggunaan tanah di kota ini," katanya.
Beliau berkata penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (SIA) juga antara komitmen DBKL bagi memastikan pembangunan akan datang dilaksanakan dengan lebih terancang, berkesan dan memberi impak sosial yang positif kepada kehidupan serta kesejahteraan warga kota.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Pusat Setempat (OSC) Khas yang telah berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Jumaat.
Mesyuarat itu bertujuan memastikan pembangunan di KL adalah seimbang, khususnya dalam pengekalan dan penambahan kawasan lapang, penyediaan infrastruktur yang mencukupi, serta memastikan pembangunan di KL adalah berdasarkan keperluan warga kota.
Sementara itu dalam perkembangan lain, DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa langkah telah dikenal pasti berhubung isu pengalihan struktur kuil dan beberapa bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kinrara susulan kerja-kerja menaik taraf Jalan Mas, mukim Petaling.
Langkah-langkah dikenal pasti dalam mesyuarat pada 7 Jun lepas yang dipengerusikan Dr Zaliha antaranya adalah cadangan bagi menyusun semula kedudukan bangunan sekolah yang akan terjejas perlu dirujuk semula kepada PTG, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta Kementerian Pendidikan.
"Selain itu, meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang diketuai PTG Selangor dan MBSJ menyelaras hal berkaitan milikan tanah lot 65973 (bengkel besi buruk) serta mengenal pasti kesesuaian luas dan guna tanah untuk pengalihan sebahagian struktur bangunan sekolah yang terjejas.
"DBKL juga diminta merujuk isu kedudukan Kuil Hindu Jalan Kinrara ke Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kehadiran Ahli Parlimen Batu bagi mendapatkan keputusan serta hala tuju," menurut kenyataan itu.
DBKL dalam kenyataan sama memaklumkan pada 27 Sept 2021, kelulusan pindaan Perintah Pembangunan telah diberikan kepada Tetuan Fajarbaru Land (M) Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan Pangsapuri Residensi Wilayah (1,604 unit) di atas Lot 101895, Jalan Mas, Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Impak Trafik yang dikemukakan oleh perunding bagi pembangunan tersebut, terdapat cadangan menaik taraf Jalan Mas kepada empat lorong disebabkan jangkaan pertambahan bilangan kenderaan di laluan berkenaan apabila pembangunan Pangsapuri Residensi Wilayah siap sepenuhnya.
Berikutan itu, cadangan menaik taraf Jalan Mas melibatkan perobohan beberapa struktur yang dibina di atas rizab jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Dr Zaliha memaklumkan DBKL turut menyasarkan nisbah 20 meter persegi kawasan tanah lapang per penduduk untuk dijadikan sebagai kawasan hijau. - Foto Facebook/Zaliha Mustafa

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.