KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang sebelum ini didakwa atas dua kesalahan rasuah pada Mac lepas, didakwa lagi di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan penipuan permohonan permit pekerja asing.
Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mohammed Al Faizal didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 56 tahun untuk memindahkan wang RM115,100 ke dalam akaun Bank RHB milik tertuduh untuk tujuan permohonan permit pekerja asing, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Rawang dekat sini, antara 17 Julai 2020 dan 19 Jan 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia perlu menanggung empat anak yang masih belajar selain merupakan penanggung tunggal keluarga.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Feb 2022 untuk sebutan semula kes.
Pada 18 Mac lepas, Mohammed Al Faizal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM176,000 sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM).
Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Mac lepas atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan pihak berkuasa sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri
Tertuduh didakwa guna dan menikmati gelaran tersebut pada surat permohonan kelulusan untuk anjur majlis ulang tahun persatuan itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir
Difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.

Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud
Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.

Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000
Pihak Istana Negeri Selangor juga telah mengesahkan bahawa surat dikeluarkan suspek untuk diberikan kepada mangsa adalah palsu.

Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan
Semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing
Mohammed Al Faizal Mohammed mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Saarani ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perak
Saarani dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.