KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki yang menggunakan gelaran "Datuk Seri" palsu kerana disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Planetrade, dalam beberapa serbuan Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata polis menerima 21 laporan berhubung penipuan itu, yang terdiri daripada 12 laporan di Kuala Lumpur, lima di Selangor, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Melaka dan Terengganu, melibatkan kerugian sebanyak RM3.32 juta.
"Siasatan mendapati lelaki yang yang menggunakan gelaran 'Datuk Seri' palsu berusia 46 tahun itu merupakan dalang utama kes ini yang memiliki empat syarikat bagi menjalankan kegiatan pelaburan tidak wujud.
"Suspek lain merupakan agen atau aktif mengendalikan syarikat-syarikat, dan kesemua mereka direman dua hingga empat hari bermula 2 Mac bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Menara KPJ di sini, hari ini.
Beliau berkata 27 akaun disyaki berkaitan kes itu berjumlah RM755,0000 serta pemilikan saham dalang utama itu di empat syarikat berkenaan dibekukan, bagi membantu siasatan.
Mohd Kamarudin berkata turut dirampas semasa serbuan ialah enam kereta mewah antaranya sebuah Bentley, dua Toyota Vellfire, sebuah Mercedez Benz GLC 200 dan pelbagai dokumen pendaftaran syarikat serta berkaitan pelaburan.
"Siasatan mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Januari 2021 dan menawarkan pembelian saham keutamaan atau 'preference share' yang menjanjikan kadar keuntungan tetap sekitar empat hingga lima peratus sebulan dari modal yang dilaburkan.
"Pelabur turut diyakinkan wang pelaburan dilabur dalam pelbagai medium pelaburan patuh syariah dalam dan luar negara bagi menjamin keuntungan yang besar dan stabil," katanya.
Beliau berkata siasatan itu turut mendapati ada seorang pelabur mengalami kerugian mencecah RM4.6 juta, tetapi mangsa belum tampil membuat laporan polis.
Jelasnya pada peringkat awal, pelabur akan menerima keuntungan bulanan yang dijanjikan namun setelah beberapa bulan, sindiket itu tidak lagi berkomunikasi dengan mangsa.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Mohd Kamarudin berkata semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Penipuan pelaburan Planetrade: 'Datuk Seri' antara sembilan individu ditahan
Semua suspek termasuk enam wanita berusia 41 hingga 62 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.