KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berkaitan kes seorang lelaki bergelar Datuk Seri disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini akan diserahkan Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
Sementara itu, sumber berkata, difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.
"Kejadian berlaku ketika ahli perniagaan berusia 63 tahun mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun dan seorang lagi rakan.
"Suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat," katanya.
Menurutnya, suspek yang digelar 'mafia korporat' itu didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.
"Dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan oleh seorang rakan mereka," katanya.
Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Kejadian berlaku ketika ahli perniagaan berusia 63 tahun mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun dan seorang lagi rakan.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.
Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Pengarah syarikat badan berkanun disiasat atas tuduhan gangguan seksual
Individu tersebut didakwa melakukankan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini.
PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif
Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta pihak-pihak yang terlibat untuk berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap.
Kes kehilangan bahan api: Enam suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Hussein berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 pada 15 Julai lepas itu.
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Betong dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan
Polis menerima dua laporan berhubung kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat.