KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan Digital Negara telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri untuk dilaksanakan segera bagi memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, bagi menjayakan dasar itu Kementerian Pendidikan (KPM) telahpun memulakan usaha dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital di sekolah-sekolah.
"KPM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam meningkatkan infrastruktur serta ekosistem digital di sekolah dan untuk permulaan 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada projek PoP (Point of Presence) KKD," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002, di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, di sini hari ini.
Menurut Fadhlina kementerian meletakkan sasaran yang tinggi untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah-sekolah tidak kira sekolah agama, sekolah pinggir bandar, sekolah kurang murid.
Sementara itu, katanya KPM memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan tandas dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM70,000 setiap sekolah.
Fadhlina berkata kementerian kini sedang dalam proses mengagihkan bantuan tersebut yang diharap akan membantu memberi impak yang lebih baik kepada kebersihan tandas sekolah.
Sementara itu pada majlis berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Voules Johor diumumkan pemenang Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas bagi Sekolah Kurang Murid Terbaik sementara Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu diumumkan pemenang kategori Pejabat Pendidikan Daerah Terbaik.
Kategori Jabatan Pendidikan Negeri terbaik dimenangi Perlis.
Majlis DUTA merupakan usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Kementerian meletakkan sasaran yang tinggi untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah-sekolah tidak kira sekolah agama, sekolah pinggir bandar, sekolah kurang murid. - Bernama
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Dasar Pendidikan Digital Negara akan dilaksanakan segera - Fadhlina
KPM telahpun memulakan usaha dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital di sekolah-sekolah.