KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan Digital dan Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan melalui laman rasmi Parlimen, Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital dan jumlah sekolah di Sarawak yang telah memulakan Dasar Pendidikan Digital itu.
Dalam sesi soal jawab berkenaan Ahmad Johnie memohon penjelasan tentang keperluan dan persediaan kementerian untuk sekolah berkenaan.
Dalam sesi sama, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) akan membangkitkan persoalan tentang keperluan rakyat untuk mendaftar dalam sistem data baharu bagi bantuan diesel melalui BUDI MADANI dan mempersoalkan mengapa sistem sedia ada iaitu Pengkalan Data Utama (PADU), tidak digunakan.
Suhaimi juga bertanya kepada Menteri Kewangan tentang kos yang terlibat dalam membangunkan sistem BUDI MADANI dan kaedah perolehannya sama ada dilaksanakan secara tender terbuka atau sebaliknya.
Selain itu, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Penanaman Semula Sawit yang dahulunya pinjaman menjadi geran.
Datuk Adnan Abu Hassa (BN-Kuala Pilah) pula membangkitkan tentang inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meningkatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara bagi mengurangkan risiko ancaman jenayah kepada negara.
Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama empat rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024.
Turut dibentangkan ialah Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.
Selepas itu, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 bacaan kali kedua.
Turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini adalah sesi Kamar Khas yang menyentuh Peniaga Warga Asing di Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Gangguan Sistem Unit Peranti Bimbit dalam Kalangan Nelayan.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) bertanya mengenai kos yang terlibat dalam membangunkan sistem BUDI MADANI dan kaedah perolehannya sama ada dilaksanakan secara tender terbuka atau sebaliknya.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.

Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Johnie akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital di Sarawak.

Subsidi Diesel: MOF lulus 100,000 permohonan BUDI MADANI
100,000 pemohon bantuan subsidi diesel BUDI MADANI telah diluluskan bagi pemilik kenderaan diesel individu, serta petani dan pekebun kecil

KPDN teliti permohonan tambahan kenderaan layak subsidi diesel
KPDN sedang meneliti asas permohonan dan rayuan beberapa pihak berhubung penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.

Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.

BUDI MADANI tiada tarikh tutup, individu layak digesa kemuka permohonan - Amir Hamzah
Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

80 peratus pengguna diesel dapat bantuan tunai di bawah Program BUDI MADANI - Menteri Kewangan II
80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.