KUALA LUMPUR: Penyasaran subsidi ke atas diesel yang diumumkan kerajaan hari ini dengan kadar ketetapan harga RM3.35 bagi setiap liter, dilihat berupaya memberi impak positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu berbanding 6.2 bilion liter, pada tahun sebelumnya.
"Kalau permintaan diesel terus meningkat, ini juga akan beri kesan positif kepada ekonomi sebab harga jualan telah meningkat kepada RM3.35 ringgit seliter sekali gus memberi kesan positif kepada KDNK negara.
"Malah, dengan pengumuman harga baharu diesel ini juga, saya lihat kerajaan mampu membuat penjimatan sebanyak RM4 bilion. Menerusi penjimatan itu, ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pembangunan infrastruktur dan lain-lain," katanya kepada Bernama.
Mengulas berkenaan pengenalan harga baharu diesel, Barjoyai berpendapat ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Malah katanya melalui inisiatif bantuan BUDI MADANI yang diperkenalkan kerajaan pada bulan lalu, ia dilihat akan mengurangkan beban rakyat terutamanya individu yang menggunakan kenderaan diesel persendirian.
"Orang awam yang guna kenderaan diesel persendirian juga layak mohon subsidi menerusi inisiatif BUDI MADANI dengan mereka akan peroleh RM200 sebulan dan ia sudah dibuka dan tiada tarikh tutup permohonan ketika ini," katanya.
Mengenai pemberian subsidi kepada golongan yang memerlukan, Barjoyai berpandangan bahawa inisiatif itu dilihat berupaya mengawal kenaikan mendadak harga barang, namun pemantauan proaktif perlu dilakukan kerajaan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut berpandangan bahawa langkah kerajaan memperkenalkan inisiatif BUDI MADANI mampu meminimumkan kesan kenaikan harga barang.
Selain itu katanya, inisiatif kerajaan seperti bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dinaikkan juga akan mengurangkan beban rakyat.
"Langkah-langkah ini sepatutnya dapat memininumkan kesan jangkaan harga barang memandangkan menerusi pengenalan harga baharu diesel ini, kerajaan mampu melakukan penjimatan sehingga RM4 bilion,' katanya menambah penetapan harga diesel baharu itu juga dapat mengekang aktiviti penyeludupan bahan api itu ke negara jiran.
"Bila diselaraskan harga diesel ini pada kadar RM3.35 ia sudah setara dengan harga pasaran. Kalau dulu RM2.15 sen mereka boleh melakukan untung yang banyak.
"Jadi dengan harga baru ini saya melihat aktiviti penyeludupan itu berkemungkinan akan turun kerana untung yang mereka peroleh tidak sebanyak dahulu," katanya.
Terdahulu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, bermula 12.01 tengah malam tadi.
Beliau berkata penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
Amir Hamzah berkata untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Barjoyai berkata, harga baharu diesel negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.

Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.