KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan menggunakan data pendaftaran kenderaan untuk memastikan hanya kenderaan yang dimiliki kumpulan sasar B40 dan M40, menikmati manfaat daripada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Menurut Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), langkah tersebut wajar dilakukan selain menggunakan data daripada Pangkalan Data Utama (PADU), dengan pangkalan data berkenaan dikemaskini secara berkala serta diselaraskan dengan agensi-agensi berkaitan.
Selain itu, pertubuhan tersebut mencadangkan agar menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.
"Ini boleh dilakukan dengan menghubungkan pembelian diesel bersubsidi dengan sistem pengenalan digital.
"Dalam masa sama, penggunaan teknologi dan digitalisasi. Implementasi sistem pemantauan berpusat untuk mengawasi penjualan dan penggunaan diesel bersubsidi. Teknologi seperti 'blockchain' boleh digunakan untuk mencatat dan mengesahkan transaksi supaya tiada manipulasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
MCW berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Negara pada malam tadi, bahawa Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Usaha penyasaran subsidi diesel dijangka dapat memberi penjimatan kepada kerajaan sekitar RM4 bilion setahun.
Mengulas lanjut, MCW berkata aplikasi mudah alih juga boleh dibangunkan untuk pengguna mendaftar dan mengesan penggunaan diesel bersubsidi.
Menerusi aplikasi tersebut, para pengguna katanya boleh memberi maklum balas dan laporan langsung kepada pihak berkuasa.
Dalam masa sama, mereka mencadangkan agar kerjasama dengan peruncit dijalankan dengan memberikan latihan tentang cara mengenal pasti pelanggan yang layak dan memastikan mereka mematuhi peraturan subsidi.
"Audit dan pemeriksaan berkala di stesen minyak dan tempat jualan diesel untuk memastikan tiada penyalahgunaan. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap sebarang ketidakpatuhan perlu dilaksanakan.
"Kerajaan juga perlu menyediakan saluran aduan khas untuk masyarakat melaporkan sebarang ketirisan atau penyelewengan dalam penyaluran subsidi," tambah MCW.
Dalam masa sama, MCW berpandangan kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran untuk menguar-uarkan kepada golongan sasaran tentang hak mereka dan cara mendapatkan subsidi diesel.
Inisiatif berkenaan, jelas MCW dijangka mampu mengurangkan peluang untuk manipulasi dan penyelewengan oleh pihak ketiga, selain mencadangkan agar pendaftaran PADU dibuka semula.
"Melalui pendekatan ini, baru lah rakyat dapat diyakini bahawa subsidi diesel disalurkan dengan betul kepada mereka yang benar-benar memerlukan, dan mengurangkan kemungkinan ketirisan yang boleh menjejaskan keberkesanan program tersebut," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed May 22 2024

Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.

Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.