PUTRAJAYA: Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata inisiatif BUDI MADANI dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.
Katanya seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan BUDI MADANI yang pertama bermula esok.
"Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup. Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan sama ada bagi BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi untuk memohon bantuan ini.
"Semakan dan rayuan boleh juga dilakukan di laman web yang sama," katanya dalam sidang media penyasaran subsidi diesel di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata individu yang memohon BUDI MADANI pada Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan tersebut dan seterusnya, manakala bagi mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan ini, akan layak menerima bantuan pada bulan seterusnya.
"Bantuan tiap bulan akan dapat dan lagi cepat mereka mohon, Insya-Allah lagi cepat mereka dapat," katanya.
Ditanya sama ada bantuan RM200 menerusi inisiatif BUDI MADANI ini mencukupi, Amir Hamzah berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM), jumlah bantuan itu mampu menampung penggunaan diesel bagi individu.
"... dengan RM200 ia dapat tampung 80 peratus kegunaan individu berdasarkan data (kerana) diesel mileage lebih sikit iaitu antara 75 hingga 100 kilometer sehari, itu cukup.
"Kalau ada isu atau rayuan atau apa mereka boleh buat dan kita kena lihat dari segi kemampuan dan permohonan itu," katanya.
Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Hari ini, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bercakap pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.

Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Johnie akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital di Sarawak.

Subsidi Diesel: MOF lulus 100,000 permohonan BUDI MADANI
100,000 pemohon bantuan subsidi diesel BUDI MADANI telah diluluskan bagi pemilik kenderaan diesel individu, serta petani dan pekebun kecil

KPDN teliti permohonan tambahan kenderaan layak subsidi diesel
KPDN sedang meneliti asas permohonan dan rayuan beberapa pihak berhubung penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.

Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.

BUDI MADANI tiada tarikh tutup, individu layak digesa kemuka permohonan - Amir Hamzah
Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

80 peratus pengguna diesel dapat bantuan tunai di bawah Program BUDI MADANI - Menteri Kewangan II
80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.