KUALA LUMPUR: 80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ia susulan daripada perbezaan harga diesel kini dengan harga baharu yang akan ditetapkan kelak.
Amir Hamzah berkata ketetapan bantuan bernilai RM200 ini dibuat selepas mengetahui data dari segi penggunaan serta data-data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Data-data kita terima daripada DOSM menunjukkan daripada tinjauan dilakukan Malaysia untuk kenderaan diesel terutamanya di Semenanjung Malaysia," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Agenda Awani bertajuk 'Perlaksanaan Subsidi Bersasar Diesel', malam ini.
Beliau berkata bantuan tersebut akan dapat membantu menampung dan membantu pengguna akibat kenaikan berkenaan, pengiraan bantuan tunai itu adalah mekanisme yang diperoleh daripada data sedia ada.
Kerangka Ekonomi MADANI memberi tiga fokus penting iaitu meningkatkan siling sedia ada dalam menambah kepada pendapatan negara, ia memberi peluang melabur balik kepada perkara penting kepada rakyat; meningkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan tatakelola negara supaya lebih efisien.
"Sebenarnya, jika kita lihat kepada penyasaran subsidi, ia adalah satu inisiatif yang memenuhi ketiga-tiga fokus ini.
"Sekiranya kita dapat mengurangkan ketirisan, pendapatan negara akan naik dan kita boleh membelanjakan balik kepada rakyat dari segi infrastruktur, kesihatan dan pendidikan," katanya.
Pada tahun 2019, beliau berkata subsidi diesel hanya berjumlah RM1.4 bilion berbanding tahun lepas yang merekodkan RM14.4 bilion, peningkatan sebanyak 10 kali ganda.
Beliau juga berharap orang ramai memahami usaha kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah untuk membaikpulih ekonomi negara untuk kepentingan rakyat dan mencapai ruang fiskal lebih baik untuk negara.
Penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 billion daripada penyasaran subsidi diesel dijangka memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan kepada rakyat.
Pada 27 Mei lepas, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Program BUDI MADANI melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel menerusi sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di mana Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan program di bawah MySubsidi Diesel.
Di bawah BUDI MADANI, pemberian bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Amir Hamzah berkata, pada tahun 2019, beliau berkata subsidi diesel hanya berjumlah RM1.4 bilion berbanding tahun lepas yang merekodkan RM14.4 bilion, peningkatan sebanyak 10 kali ganda. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.