BANGI: Dasar Kaunseling Negara akan dilaksanakan pada Mac tahun depan dengan fokus menangani isu kesihatan mental dalam masyarakat melalui pemerkasaan perkhidmatan kaunseling, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.
Beliau berkata dasar yang diluluskan Kabinet pada 28 April tahun lepas itu akan membolehkan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk memberikan khidmat kaunseling bagi membantu individu dalam isu melibatkan kesejahteraan mental dan emosi.
Rina menyifatkan profesion kaunselor adalah sebagai 'vaksin' kepada individu yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi bantuan awal kaunseling dan sokongan emosi serta teman berbicara serta mendengar.
"Sebagai contoh, pandemik COVID-19 meninggalkan kesan mendalam hingga ada yang kehilangan kerja dan saudara-mara. Golongan ini perlu diberi perhatian bagi membolehkan mereka bangkit semula," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Kaunseling Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Sehingga kini, katanya terdapat 9,802 kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia yang terdiri daripada kaunselor terlatih bagi mengendalikan kes klien mengikut etika kaunseling yang ditetapkan dan semua maklumat dikongsikan oleh klien adalah dirahsiakan.
Rina berkata proses penggubalan Dasar Kaunseling Negara dan Pelan Tindakan Komprehensif Perkhidmatan Kaunseling di Malaysia telah dimulakan sebaik mendapat kelulusan Kabinet.
Proses tersebut melibatkan sesi libat urus termasuk bersama pakar kaunseling, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kaunselor berdaftar bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mengenai keperluan dasar tersebut agar bersesuaian dengan perubahan gaya hidup, kesan penularan wabak dan bencana alam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Rina menyifatkan profesion kaunselor adalah sebagai 'vaksin' kepada individu yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi bantuan awal kaunseling dan sokongan emosi serta teman berbicara serta mendengar.- Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dasar Kaunseling Negara dilaksanakan tahun depan - Rina Harun
Ia akan membolehkan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk memberikan khidmat kaunseling bagi membantu individu dalam isu melibatkan kesejahteraan mental dan emosi.

Dasar Kaunseling Negara untuk atasi kesihatan mental dalam masyarakat
Ia merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri secara sidang video semalam.