Pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti yang ingin membuat kajian mengenai sejarah kemerdekaan tanah air disaran ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi mendapatkan maklumat tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah PNM Siti Aishah Sheikh Kadir berkata PNM menyediakan bahan rujukan dari sebelum zaman kemerdekaan dan pengunjung boleh mendapatkan rujukan tersebut dalam dua bentuk iaitu cetakan buku fizikal dan digital.
"Pelajar sekolah dan universiti boleh datang ke Perpustakaan Negara bagi mendapatkan koleksi sumber rujukan kemerdekaan bukan saja dalam bentuk buku fizikal malah juga dalam bentuk E-book, E-Majalah dan E-Surat khabar dari zaman sebelum kemerdekaan hingga kini," katanya selepas Program Semarak Merdeka di Auditorium PNM, di sini hari ini.
Tambahnya, PNM mengadakan program ini setiap tahun bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda supaya lebih menghargai sejarah serta mendalami nilai-nilai murni yang dicapai sebelum kemerdekaan.
"Memang peranan kami untuk menyimpan koleksi terbitan bercetak atau digital yang berkaitan dengan Malaysia yang kami panggil 'Malaysiana' sebagai warisan intelek negara yang kami pulihara di PNM sebelum kemerdekaan sehingga kini," katanya.
Selain itu, beliau berkata mereka yang hadir ke PNM untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai kemerdekaan bukan sahaja dapat menambah pengetahuan malah turut dapat merasai erti kemerdekaan sebenar.
"Kita adakan program ini supaya hadirin yang datang atau sesiapa sahaja tahu bahawa melalui pembacaan kalau kita baca dan hayati apa yang orang dulu buat kita akan lebih tahu erti kemerdekaan sebenar," katanya.
Program santai itu turut mengadakan slot 'Sembang Merdeka' bersama sasterawan Profesor Madya Dr Lim Swee Tin dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Mohd Fitri Shuib.
Sementara itu, beliau berkata program PNM kali ini juga membawa kelainan dengan menampilkan persembahan deklamasi puisi merdeka lapan bahasa bertajuk '31 Ogos Datang Lagi' yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Melanau, Mandarin, Tamil, Kadazan Dusun, Iban, Orang Asli dan Kayan oleh kakitangan Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara PNM.
Auditorium PNM hari ini meriah dengan kehadiran 350 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Fletcher, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan banyak lagi.
PNM berharap program ini berupaya mengajak masyarakat untuk menghargai sejarah dan mengukuhkan nilai-nilai murni serta memantapkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang sudah sedia terjalin sejak awal kemerdekaan dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019

PNM menyediakan bahan rujukan dari sebelum zaman kemerdekaan dan pengunjung boleh mendapatkan rujukan tersebut dalam dua bentuk iaitu cetakan buku fizikal dan digital. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dapatkan bahan rujukan kemerdekaan di Perpustakaan Negara
PNM sediakan bahan rujukan dari sebelum zaman kemerdekaan dan pengunjung boleh dapatkan rujukan itu dalam dua bentuk iaitu cetakan buku fizikal dan digital.