KUALA LUMPUR: Dapatan Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dilakukan sebuah firma penyelidikan dengan beberapa agensi media tempatan dilihat mencurigakan dan wujud kesangsian, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterbitkan menerusi kajian itu, ia tidak mencerminkan pendapat keseluruhan rakyat di negara ini kerana sampel responden terlibat tidak seimbang, malah metodologi kajian juga meragukan.
Katanya, pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan bertemu dengan agensi media terlibat untuk mendapatkan penjelasan mengenai kajian itu.
"Maklum balas yang kami terima daripada pelbagai pakar akademik, rata-rata mempertikaikan metodologi kajian... jika itu pendirian mereka (ahli akademik), maka kita kena lihat motif mereka (kajian).
"Kajian tentang 100 Hari Kerajaan Perpaduan mentadbir, tetapi kita belum capai 100 hari. Saya akan bertemu dengan pihak akhbar tersebut dan dapatkan penjelasan mereka, adakah mereka cuba buat promosi (jenama) atau mahu memperdaya rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih, di sini, hari ini.
Sebelum ini, lima media tempatan menyiarkan dapatan kaji selidik mega Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dijalankan dari 6 hingga 16 Feb lepas dengan kerjasama sebuah firma penyelidikan.
Kajian itu antaranya mendapati hanya 27 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam menangani isu hubungan antara kaum dan pertumbuhan ekonomi negara, manakala 26 peratus responden berpendapat kerajaan menangani isu bekalan makanan dengan baik.
Sementara itu, mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim berhubung kerajaan menyekat pembangkang untuk mengkritik kerajaan, Fahmi berkata, kerajaan tidak menghalang sesiapa untuk mengkritik pihak pentadbiran, namun amalan memfitnah tidak boleh diterima.
"Boleh saja untuk kritik tetapi jangan fitnah... fitnah itu merosakkan akhlak. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari parti yang memperjuangkan Islam, beliau (Awang) patut lebih faham musibah fitnah.
"Kepada YB (Yang Berhormat) Pendang (Awang), saya mohon beliau muhasabah diri dan sekiranya ada isu... jawab kenyataan di mahkamah," katanya.
Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Awang berhubung kenyataan yang menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengamalkan pendakwaan terpilih.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, KKD akan bertemu dengan Tiktok Malaysia dan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk membincangkan mengenai aspek keselamatan yang meragukan seperti yang didakwa oleh pembuat dasar Kesatuan Eropah.
Beliau berkata, jika aspek keselamatan aplikasi itu mencurigakan dan melibatkan rahsia rasmi kerajaan, ia perlu dipertimbangkan segera oleh KKD.
Sabtu lepas, mdia antarabangsa melaporkan dua institusi pembuat dasar terbesar Kesatuan Eropah mengharamkan TikTok daripada telefon kakitangan mereka atas alasan keselamatan siber. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Dapatan Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan dilihat mencurigakan dan wujud kesangsian, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kadar gaji peka keperluan isu rumah dan wanita, rapatkan jurang gender - IDEAS
Jurang pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh negara boleh ditingkatkan dengan pelaksanaan dasar yang peka dengan keperluan wanita.

Dapatan kajian 100 Hari Kerajaan Perpaduan mencurigakan - Fahmi
Maklumat kajian itu tidak mencerminkan pendapat keseluruhan rakyat, sampel responden tidak seimbang dan metodologi kajian meragukan.

Suburkan prinsip toleransi, sirna fahaman Islamofobia - Penganalisis
Masyarakat harus memahami konsep Malaysia MADANI khususnya berkaitan prinsip toleransi bagi menyirnakan fenomena Islamofobia.

Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis
Islamofobia boleh tercetus akibat lambakan maklumat sehingga menyebabkan pelbagai maklumat yang salah tersebar dalam kalangan masyarakat.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat gesa segera selesai lima isu utama - Kaji selidik
Seramai 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat terbeban beli barang keperluan asas - Kaji selidik
Seramai 80 peratus daripada 35,077 responden menyenaraikan perkara itu sebagai kebimbangan utama mereka.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Kerjasama politik masih jadi persoalan rakyat - Kaji selidik
Dapatan itu boleh menjadi indikasi rakyat masih berada di atas pagar berhubung keyakinan mereka terhadap kestabilan kerajaan hari ini.