Malaysia mendapati bahawa dakwaan Singapura adalah tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah ke atas Pelabuhan Johor Bahru tidak sekali-kali mencerobohi ke mana-mana bahagian Singapura, demikian menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.
Perkara ini merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Menteri Pengangkutan Singapura berhubung perkara itu semalam, Loke berkata Malaysia seringkali dan tetap memelihara kedaulatan perairan agar sentiasa berada dalam had pelabuhan dibenarkan bagi Pelabuhan Johor Bahru.
Loke menjelaskan bahawa Singapura pada beberapa tahun lepas melaksanakan tebus guna tanah secara besar-besaran di kawasan berkenaan yang dipersoal dan ia undang-undang lapuk bahawa tebus guna tanah itu tidak melepasi garis asas negeri dan/atau garis tapak, seperti dilaporkan oleh Bernama.
Mengikut undang-undang antarabangsa, sempadan laut Singapura kekal tidak berubah meskipun pelaksanaan tebus guna yang dijalankan itu hampir melepasi had luar sempadan laut Singapura, katanya.
"Oleh demikian, pengubahan had pelabuhan bagi Pelabuhan Johor Bahru masih dalam sempadan air Malaysia dan jelas dalam hak Malaysia untuk menggariskan sebarang had pelabuhan dalam sempadan air kita menurut undang-undang kebangsaan kita sendiri," katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan "National Aviation Council Engagement" yang pertama kali di sini hari ini.
Semalam (4 Dis), kerajaan Singapura dengan keras membantah tindakan Malaysia melebarkan sempadan pelabuhannya, dengan mendakwa bahawa ia akan menjejaskan kedaulatan dan undang-undang antarabangsa, dan berkata ia tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan dan aktiviti yang melanggari peraturan.
Kementerian Pengangkutan Singapura mendakwa bahawa kapal dan kapal tangki dari Malaysia telah berulang kali mencerobohi kawasan sempadan perairan Singapura berdekatan Tuas sejak dua minggu lepas, termasuk kapal dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.
BACA: Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
Loke juga menekankan bahawa Malaysia telah mengambil langkah berhemat bagi tindakan tegas untuk memaklumkan pengubahan itu menerusi Warta Kerajaan Persekutuan dan mengeluarkan Pekeliling Pelabuhan dan Notis kepada Marina.
"Ia juga dalam hak Malaysia sebagai negara yang berdaulat untuk melaksanakan penguatkuasaannya dan agensi yang berkenaan di sempadan lautnya.
"Amalan ini konsisten sepenuhnya dengan undang-undang antarabangsa dan yang demikian, Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia tidak mencerobohi mana-mana bahagian Singapura," kata Loke lagi.
Astro Awani
Wed Dec 05 2018
LOKE: Pengubahan had pelabuhan bagi Pelabuhan Johor Bahru masih dalam sempadan air Malaysia dan jelas dalam hak Malaysia untuk menggariskan sebarang had pelabuhan dalam sempadan air kita menurut undang-undang kebangsaan kita sendiri. - Gambar fail
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.