TANJUNG MALIM: Sebarang dakwaan kononnya berlaku kes penculikan di beberapa negeri ketika ini, perlu disiasat dan diambil tindakan kes mengikut kes dan bukannya secara menyeluruh sehingga timbul pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), akan meneliti secara mendalam berkaitan semua aspek daripada laporan kejadian penculikan itu, bagi memahami kejadian sebenar sebelum mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan di kawasan sekolah.
"Saya hendak meneliti kebenaran cerita sebenarnya, seperti yang dikatakan hendak menguji tindakan pihak polis dan sebagainya...sebab itu pelaporan ini kita tidak mahu dengan mudah terus melihat perkara itu pada luaran sahaja, tetapi apa yang sebenarnya berlaku.
"Apabila kita dapat maklumat daripada pihak polis, apa yang penting pihak polis boleh berikan maklumat untuk buat siasatan dan sebagainya, kita akan lihat konteks tertentu untuk kita mengambil tindakan yang sewajarnya dalam apa jua keadaan.
"Generasi anak kita yang ada pada hari ini, terdedah kepada pelbagai pendedahan maklumat dan sebagainya...apapun setiap maklumat itu kita kaji, kita tidak mahu ambil pada nilai luaran dan kita akan masukkan kesemuanya," katanya pada sidang media program Eksplorasi Alam Lestari III di Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PKHL) Sungkai di sini hari ini.
Beliau berkata KPM mempunyai maklumat yang terhad, kerana kes yang berlaku di luar sekolah termasuk semasa murid dalam perjalanan pulang ke rumah dan siasatan dijalankan oleh pihak polis yang menentukan asas sebenar atas setiap laporan daripada mangsa.
"Apabila berlaku sebarang laporan, polis yang akan menyiasat perkara ini dengan mendalam. Sebab itu kami tidak mahu buat spekulasi, kerana ia berada di bawah bidang kuasa polis dan pihak kami sentiasa memberi kerjasama.
"Saya rasa ibu bapa pun inginkan semua anak bercerita secara jujur dan benar, namun kita nak kena tahu apakah keadaan di belakang tersebut, itu kita nak kena tahu, umumnya mereka kanak-kanak ini jujur namun apa keadaan di sebalik hal tersebut, kita nak kena semak secara mendalam," katanya.
Radzi berkata para murid sentiasa diberikan didikan dan diingatkan tentang keselamatan mereka semasa berada di sekolah dan di mana sahaja, supaya mempunyai kesedaran dan memahami risiko dihadapi kanak-kanak seterusnya tindakan yang perlu diambil.
"Sebab itu kalau kita lihat ada sekolah yang keluarkan notifikasi untuk mengingatkan, tetapi pada masa yang sama kalau keluar macam itu (isu culik) seolah-olah keadaannya tidak begitu selamat, sebab itu kita minta dijelaskan dalam sesi persekolahan apakah keadaannya dan bagaimana pendekatan yang paling sesuai untuk anak-anak kita," katanya.
Semalam, polis mengesahkan mesej yang tular mengenai kejadian penculikan kanak-kanak menerusi media sosial membabitkan beberapa daerah di negara ini antaranya Tangkak, Melaka Tengah, Kuantan dan Shah Alam adalah palsu.
Selain itu, dakwaan kononnya ada cubaan menculik seorang murid sekolah rendah di Taman Pinji Mewah, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar, tetapi hanya sebuah cerita yang direka-reka sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin (tengah) menyantuni murid sekolah pada Program Eksplorasi Alam Lestari III di Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas.

'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco
Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.