IPOH: Dakwaan kononnya dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, dekat sini meninggal dunia disebabkan vaksin COVID-19 disahkan tidak benar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat yang tular itu juga cukup mengelirukan.
Menurutnya, memang ada dua pelajar sekolah berkenaan meninggal dunia tetapi bukan disebabkan oleh vaksin.
Katanya, pada 18 Julai lalu, seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif COVID-19.
“Pelajar itu memang dah sedia ada sakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik serta dua bulan kritikal di Hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mior Faridalathrash berkata, pada 17 September lalu, seorang pelajar lelaki pula meninggal dunia tetapi disebabkan sakit jantung.
Menurutnya, kedua-dua kejadian itu tiada kena mengena dengan vaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Perak hanya bermula pada 20 September lalu.
Katanya, pihak polis juga akan menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu.
Terdahulu tular di media sosial sejak Selasa, satu video memaparkan seorang wanita mendakwa empat pelajar, termasuk dua pelajar di SMK Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 29 2021

Mior Faridalathrash berkata, maklumat yang tular itu cukup mengelirukan orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hampir 500 ditahan dalam serbuan sarang penagih dadah di Perak
Polis menahan 496 orang termasuk 120 'tokan' dadah dalam operasi besar-besaran serentak di 32 sarang penagih di seluruh negeri itu, hujung minggu lepas.

Tanah runtuh Simpang Pulai: Pemandu lori sayur dikhuatiri terperangkap - Polis
Lelaki berkenaan dipercayai sedang memandu sebuah lori dengan muatan sayur-sayuran dari Cameron Highlands menghala ke Ipoh.

Dakwaan dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 tidak benar
Kedua-dua kejadian itu tiada kena mengena dengan vaksin kerana PICK Remaja di Perak bermula pada 20 September lalu.