KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Berhad memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman firma audit KPMG.
Ia selepas syarikat itu mendakwa firma berkenaan telah secara cuai mengeluarkan teguran audit kononnya syarikat itu tidak dapat mengesahkan kontrak dan transaksi berjumlah RM3.5 bilion.
Pengerusi Serba Dinamik Holdings Berhad, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed berkata, tindakan undang-undang itu bukan disebabkan oleh kerugian yang dialami.
"Tindakan undang-undang bukan disebabkan syarikat ini tidak cemerlang. Kita sangat baik dengan kontrak semasa bernilai RM18 bilion, pulangan RM6 bilion dan keuntungan melebihi RM1 bilion.
"Syarikat ini sihat tetapi cara juruaudit luar (KPMG) paparkan syarikat ini seolah-olah banyak masalah sedang berlaku.
"Sebagai Pengerusi baharu syarikat ini, saya fikir kita perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang memulakan teguran ini," katanya pada sidang media khas di Shah Alam pada Selasa.
Writ saman tersebut telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, dengan Serba Dinamik melantik peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili syarikat.
"Kami kemukakan tindakan ini pagi tadi. Kami nak lakukannya malam tadi. Kami telah menghantar salinan writ kepada KPMG," kata Shafee dalam sidang media sama.
Serba Dinamik dihantui kontroversi melibatkan transaksi meragukan bernilai lebih RM3 bilion yang dibangkitkan juruauditnya, KPMG.
Kontroversi tersebut memberi kesan kepada nilai sahamnya yang minggu lalu susut lebih 50 peratus, sekali gus menjunamkan permodalan pasaran syarikat itu dengan nilai susut lebih RM3 bilion.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jun 22 2021

Writ saman tersebut telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, dengan Serba Dinamik melantik peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili syarikat. - Foto Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Maxis lantik Johan Idris sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Mac
Maxis melantik Datuk Johan Idris sebagai Pengerusi berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.

Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.

KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025
KPMG Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu 20 syarikat pemula menerusi program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.

Perniagaan belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber
Perniagaan masih belum bersedia bagi pemulihan pantas selepas serangan siber meskipun mencatatkan kemajuan baik dalam membangunkan program pencegahan dan respons, kata KPMG.

Najib tidak pernah beri tekanan kepada KPMG tandatangan penyata kewangan 1MDB 2013 - Muhammad Shafee
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB.

Najib 'arah' saya tandatangani laporan audit 1MDB tahun 2013 - Saksi
Johari berkata Najib juga meminta pihak KPMG untuk pergi ke Hong Kong bagi melengkapkan proses audit, dan mahu audit dibuat dengan profesional dan konsisten dengan 'good governance'.

1MDB: Malaysia terima RM340.92 juta daripada KPMG, jumlah setakat ini RM19.138 bilion - MOF
Kerajaan telah menerima bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta daripada KPMG yang disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.

KPMG: CEO lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi tetapi bimbang dengan risiko rantaian bekalan
Tinjauan global yang dilakukan oleh KPMG International mendapati 59 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) di Asia Pasifik (APAC) kini lebih yakin terhadap pemulihan ekonomi global.

1MDB: KPMG lunaskan tuntutan RM333 juta, antara penyelesaian terbesar di Asia Tenggara - MoF
Penyelesaian tersebut mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2012 terhadap KPMG.

Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.