KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan (Diperbadankan), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya, memfailkan saman terhadap 44 rakan kongsi firma perakaunan KPMG bagi menuntut US$5.6 bilion, atas dakwaan melanggar kontrak dan cuai dalam pengauditan penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2010 hingga 2012.
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa antara tahun 2009 hingga 2014, sebanyak US$5.6 bilion telah dilesapkan daripada 1MDB atau anak-anak syarikatnya, di bawah arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaksanakan oleh pengurusan 1MDB, melalui pelbagai transaksi memfraud yang dilakukan terhadap 1MDB untuk manfaat Najib dan sekutunya, yang bertentangan dengan kepentingan 1MDB, Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan negara ini.
"Daripada dana melebihi US$5.6 bilion yang dilesapkan daripada 1MDB dan anak syarikatnya di bawah arahan Najib, jumlah penuh sebanyak US$3.197 bilion telah dilesapkan, dalam tahun-tahun kewangan ketika KPMG merupakan juruaudit 1MDB, iaitu pada tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012," menurut kesemua plaintif dalam tuntutan saman itu.
Kesemua plaintif mendakwa sekitar bulan September 2010, Najib dan pihak pengurusan 1MDB secara memfraud, telah merekodkan pelaburan lanjut berjumlah US$500 juta oleh syarikat itu dalam 1MDB PetroSaudi Limited, secara langganan tambahan Nota Murabaha, kononnya bagi tujuan syarikat usaha sama untuk memperoleh 4.23 peratus ekuiti dalam suatu syarikat tersenarai awam, di Perancis.
"Cadangan perolehan tersebut tidak menjadi kenyataan dan jumlah US$500 juta telah dilesapkan kepada pihak-pihak berkaitan dengan PetroSaudi International dan pihak-pihak berkaitan dengan Najib, hingga memudaratkan 1MDB.
"Seterusnya, pada atau sekitar bulan Mei 2011, Najib dan pihak pengurusan 1MDB, sekali lagi secara memfraud menyebabkan 1MDB membuat pelaburan lanjut, yang dikatakan sebanyak US$330 juta ke dalam 1MDB PetroSaudi Limited dalam bentuk Nota Murabaha tambahan, kononnya untuk membiayai projek-projek 1MDB Petro Saudi dalam sektor minyak dan gas.
"Walaubagaimanapun, langganan tambahan sebanyak US$330 juta tersebut tidak diserahkan kepada 1MDB PetroSaudi Limited, tetapi sekali lagi dilesapkan kepada Good Star Limited," dakwa plaintif dalam tuntutan saman itu.
BACA: MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Melalui pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa tiada transaksi memfraud dan pelesapan yang dilakukan di bawah arahan Najib dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan 1MDB ketika itu, dikenal pasti oleh KPMG semasa tempoh pengambilannya sebagai juruaudit 1MDB.
"Sebaliknya, KPMG mengeluarkan pendapat audit tidak bersyarat terhadap Penyata Kewangan 1MDB, bagi setiap satu tahun kewangan dari tahun kewangan 2010 hingga 2012.
"Bertentangan dengan pendapat yang dinyatakan oleh KPMG dalam laporan auditnya, Penyata Kewangan Teraudit bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012, tidak memberikan pandangan yang benar dan patut mengenai hal ehwal kewangan 1MDB," dakwa plaintif.
Menurut plaintif, audit yang wajar oleh KPMG, sepatutnya dapat mengenalpasti beberapa tanda amaran risiko fraud, yang mana KPMG harus melaporkan dan memberikan amaran tentangnya kepada Lembaga 1MDB, Menteri Kewangan (Diperbadankan), Kerajaan Malaysia, serta badan pengawalseliaan lain di Malaysia, disebabkan kewajipan statutorinya dan kewajipannya di sisi undang-undang lazim.
Plaintif mendakwa akibat pelesapan yang dilakukan terhadap 1MDB, serta anak-anak syarikatnya atas arahan Najib, dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat itu, plaintif-plaintif terus mengalami kerugian yang amat besar.
Oleh itu, kesemua plaintif menuntut daripada KPMG, sejumlah US$5.6 bilion serta faedah bagi kerugian dan kerosakan yang berbangkit, daripada kecuaian dan pelanggaran kontrak oleh firma tersebut.
Sementara itu, kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian (e-review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof pada 6 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Kes ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian (e-review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof pada 6 Ogos ini.

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan buka tirai
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang mengikuti sesi pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa
Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa di Batu Feringhi sehingga 27 Februari akan datang dengan kehadiran Menteri-menteri dan pegawai dari negara-negara anggota.
Pantau Agenda Reformasi: Apa tindakan selepas laporan Ketua Audit?
Pantau Agenda Reformasi bersama Datuk Seri Akhbar Sattar memberikan analisis mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa

PERKESO perkasa program Rawatan Bencana Kerja, manfaatkan pencarum Akta 4
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.