Anggapan dadah sintetik sebagai 'party drug' yang tidak mempunyai kesan serius jangka panjang membuatkan usaha memerangi dadah lebih sukar daripada sebelumnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berkata dadah sintetik yang diklasifikasikan sebagai 'New Psychoactive Drug' (NPS) sebenarnya mempunyai kesan ketagihan yang jauh lebih kuat serta meninggalkan kerosakan otak kekal dan teruk ke atas penagih.
"Kemunculan pelbagai bentuk dadah sintetik yang dihasilkan di dalam makmal adalah jauh lebih murah berbanding dadah tradisional merupakan cabaran dalam memerangi dadah hari ini," katanya dalam satu kenyataan bersempena Hari Ulang Tahun Pemadam ke-42 hari ini.
Menyedari akan cabaran yang dihadapi itu, Nur Jazlan berkata Pemadam akan terus berusaha mendekati orang muda dan memperluas jaringan aktivis mahasiswa dan pemimpin belia dalam memastikan ancaman dadah jenis baharu tersebut dapat dikekang dan dibasmi agar ia tidak merosakkan masa depan anak bangsa.
Beliau berkata lebih 20 institusi pengajian tinggi dan empat kolej universiti swasta telah mewujudkan Kelab Mahasiswa Pemadam pada tahun lepas dan usaha tersebut akan diteruskan pada tahun ini untuk memerangi gejala dadah di negara ini.
Nur Jazlan turut meminta aktivis dan penggiat Pemadam di seluruh negara agar mempergiat usaha murni menyelamatkan anak bangsa daripada gejala dadah.
"Semua aktivis dan penggiat Pemadam harus menjadi 'tangan-tangan' yang akan menarik dan memapah mereka yang telah terjebak untuk keluar dari dunia ketagihan dan kembali membina semula sebuah hidup yang penuh erti," katanya.
Pemadam, sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1976, memainkan peranan mengumpul dan menggembleng sumber kepakaran, tenaga dan dana serta mencari pendekatan terbaik dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.
Menurut Nur Jazlan, lebih 200 program dijalankan oleh Pemadam pada tahun lepas melalui sekretariat kebangsaan dan lebih 1,500 program tempatan dianjurkan oleh Pemadan negeri, daerah parlimen, Kelab Mahasiswa Pemadam, aktivis Pemadam di seluruh negara.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 23 2018
![Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521794354_DadahSintetik.jpg)
Dadah sintetik yang dihasilkan di dalam makmal adalah jauh lebih murah berbanding dadah tradisional. - Gambar hiasan
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Perhimpunan Agung PBB terima resolusi tangani cabaran dadah sintetik Perhimpunan Agung PBB terima resolusi tangani cabaran dadah sintetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664184363_UnitedNations.jpg)
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi tangani cabaran dadah sintetik
Galakkan negara-negara anggota untuk meneroka pendekatan yang inovatif bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh dadah sintetik.
![Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655867669_KELANTANBUDAKTELA.jpg)
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
![Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/71523962594_AADK.jpg)
Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.
![Penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja di Perak membimbangkan Penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja di Perak membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51562924404_Dadah.jpg)
Penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja di Perak membimbangkan
Trend penggunaan dadah ATS itu dikesan tahun lepas dengan melibatkan 68.7 peratus daripada keseluruhan 9,335 orang yang dikenal pasti terlibat.
![Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah
Kerajaan akan menimbang keperluan untuk menubuhkan pusat pemulihan khas bagi mereka yang menghidap sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.
![Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521794354_DadahSintetik.jpg)
Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal
Pelbagai bentuk dadah sintetik dihasilkan dan dijual jauh lagi murah berbanding dadah tradisional.
![Malaysia tidak tunduk resolusi 'halalkan' pengunaan dadah - TPM Ahmad Zahid Malaysia tidak tunduk resolusi 'halalkan' pengunaan dadah - TPM Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513505915_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia tidak tunduk resolusi 'halalkan' pengunaan dadah - TPM Ahmad Zahid
Beberapa negara dilaporkan telah kemukakan cadangan kepada PBB supaya keluarkan resolusi untuk benarkan penggunaan dadah secara persendirian.
![Kemunculan dadah sintetik baharu ancam Asia - PBB Kemunculan dadah sintetik baharu ancam Asia - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41485950392_Methamphetamine.jpg)
Kemunculan dadah sintetik baharu ancam Asia - PBB
Kemunculan dadah sintetik jenis baharu dan lebih memudaratkan di Asia Tenggara menyebabkan negara serantau meningkatkan usaha memerangi ancaman itu yang semakin rumit.